ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label Bangang. Show all posts
Showing posts with label Bangang. Show all posts

Punca Bangla ditangkap basah dengan isteri orang di Rahang amat mengezutkan

on Tuesday, February 23, 2016



Kejadian ini berlaku di Rahang Negeri Sembilan. bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita berstatus isteri orang dicekup jirannya.

Jiran-jiran mula curiga dengan tindakan bangla ini. apabila selalu masuk dan keluar rumah wanita ini ketika suaminya tiada dirumah

Ketika dicekup wanita terbabit bersama teman lelakinya warga bangladesh berada di dalam rumah, pasangan ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'Awak Driver Lori Je, Tak Mampu Nak Bahagiakan Saya'



Kata orang, cinta itu buta, tetapi perempuan ini lagi buta gamaknya. Mana tidaknya, perhubungan yang telah lama dibina mahu diputuskan begitu sahaja hanya kerana status pekerjaan yang dianggap tidak mampu menjanjikan kebahagiaan.

Screenshot perbualan seorang pemandu lori dengan bakal isterinya, benar-benar membuatkan netizen geleng kepala.

"Saya bukan tak boleh terima awak, tetapi awak tengoklah sendiri. Awak hanya seorang pemandu lori dan saya tidak yakin awak mampu bahagiakan saya.

Lagi kan nak menanggung hidup saya dengan keluarga. Sekurang-kurangnya saya perlukan bakal suami yang bergaji RM2,000 untuk menanggung kehidupan saya," kata bakal isteri lelaki itu.

Terkejut dan kecewa, selama ini wanita itu tidak pernah sesekali mempersoalkan pekerjaannya mahupun berapa gajinya sebulan.



"Mungkin ibu dah jumpa calon suami yang sesuai dengan saya. Dia seorang pegawai Kastam dan dia akan masuk meminang tak lama lagi. Maaf," katanya.

Bukan berniat menunjuk, bukan juga niat berbangga, pemandu lori itu berkongsikan gambar slip gaji bulanannya sebanyak RM4,799, membuatkan wanita itu terkejut.

"What!? Wow! RM4,799?! Kenapa awak tak pernah beritahu saya? Okay, bila awak nak masuk meminang?" soal wanita itu tanpa rasa malu.

Tidak salah juga bakal isteri memilih bakal suaminya yang berkemampuan, tetapi tidak wajar memandang rendah pekerjaan seseorang sehingga dijadikan alasan untuk tidak bersama.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Cerita Helikopter Dinaiki Najib Nyaris Terhempas Buat Netizen Bertambah Sayu

on Monday, February 22, 2016



KUALA LUMPUR: Semalam genap 40 tahun penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam arena politik tanah air.

Sepanjang 40 tahun itu, anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Muhammad Noah menyifatkan perjalanan kariernya dalam dunia politik sebagai penuh berliku dan sarat dengan pelbagai kisah suka, duka, pahit serta manis.

Antara detik yang tidak dapat dilupakan dalam hidup presiden UMNO itu yang tidak pernah dikongsi kepada orang ramai adalah peristiwa dimana beliau hampir maut dalam satu kejadian selepas helikopter yang dinaiki nyaris-nyaris terhempas di kawasan Janda Baik, Pahang pada 1987.

“Sepanjang 40 tahun sudah tentu banyak sekali yang saya terpaksa hadapi dan kalau Allah tak melindungi, mungkin umur saya tak panjang sampai hari ini. Saya pernah beberapa kali nyaris maut tetapi tidak ramai orang tahu.

"Salah satunya helikopter yang dinaiki nyaris-nyaris terjatuh di kawasan Janda Baik, namun Alhamdulillahlah saya selamat," kata Najib dipetik Bernama.

Najib yang menjadi ahli Parlimen Pekan sewaktu berusia 22 tahun 7 bulan pada 1976 berkongsi kisah duka tersebut ketika berucap pada majlis solat hajat perdana sempena 40 tahun melibatkan diri dalam politik dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan di sini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menceritakan lagi peristiwa cemas yang dilaluinya, Najib berkata beliau juga hampir terjatuh sewaktu bertukar bot ketika melawat kawasan di Pulau Tioman semasa Rompin masih di berada di bawah Parlimen Pekan.

"Kereta yang saya naiki juga pernah kemalangan... terbalik sewaktu hujan. Ketika itu isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) sedang mengandung dan sedar-sedar sahaja kereta dimasuki air, namun Alhamdulillah kami selamat," katanya.

Menurut Najib lagi, pada awal penglibatannya dalam dunia politik beliau tidak mempunyai keyakinan memandangkan beliau masih muda dan baharu pulang dari luar negara.

“Cuba bayangkan umur 22 tahun macam mana agaknya perasaan pada ketika itu. Hendak bertanding, boleh atau tidak. Saya pada ketika itu baru balik dari London, baru bekerja dan bercakap dalam bahasa Melayu pun masih gugup.

“Maklumlah lapan tahun belajar di United Kingdom (UK), hendak bagi ucapan orang Kedah kata ketaq lutut dan saya terpaksa belajar daripada orang Pekan,” ujarnya.

Najib mengambil alih tampuk pimpinan sebagai Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tak lama lagi 'ke dalamlah' Macha Pembuli Jalanraya tunjuk kapak pada mangsa...

on Thursday, February 18, 2016



Seremban: Polis sudah mengenal pasti lelaki bersenjatakan kapak yang cuba menyerang suami isteri di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong, di sini, seperti yang ‘viral’ di Facebook semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3 petang itu, lelaki berusia 19 tahun yang memandu Proton Saga tidak puas hati apabila mangsa membunyikan hon kerana tidak bergerak sejurus lampu isyarat bertukar hijau.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kes bermula dengan pertengkaran sebelum suspek mengeluarkan kapak dan mengacukan ke arah mangsa dan isteri.

"Tindakan suspek dirakam isteri mangsa sebelum dimuat naik ke laman sosial. Kes itu menjadi viral dan mangsa tampil membuat laporan pada 10.12 malam tadi.

"Hasil laporan itu, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kita sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gadis bertudung cun melecun promosi 'kolopir sedap' dimaki netizen

on Wednesday, February 17, 2016



GAMBAR seorang gadis mempromosikan kuih berbentuk kemaluan lelaki tersebar luas menerusi media sosial hari ini mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen sendiri.

Menerusi gambar yang dikongsikan di laman Facebook Friends of PDRM, gambar wanita berhijab yang dilihat memegang kuih bahulu berbentuk kemaluan itu dipercayai dijual di sebuah premis di Langkawi, Kedah.

Kuih unik ala bahulu tetapi berbentuk batang zakar lelaki dewasa itu dijual pada harga RM4 sebatang dengan percuma sebatang jika beli empat batang; dan ia dikatakan turut dipasarkan secara online.






Rata-rata netizen memberikan kritikan hebat kerana tidak menyangka di Malaysia yang terkenal dengan budaya ketimuran dan sopan santun pun boleh wujud makanan berbantuk kemaluan.

“Kenapa la buat bntuk double meaning camtu.. tak ada bentuk lain ke.. tak malu ke? Nanti kang wanita punye pun dibuat gak” kata pengguna Facebook, Farah Shahzaliana.

Pemilik akaun Robert Bert turut meluahkan perasaan kecewa terhadap tindakan peniaga tempatan menjual makanan berbentuk zakar panjang berkenaan.

“Rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita jangan la disalahgunakan, jika kita bersyukur Allah akan tambah jika kufur azab Allah amatlah pedih, berkat ke makanan yang dimakan sebegitu nak baca bismillah pun tak boleh, jadi tergolong la kita di kalangan orang-orang yang rugi. Jauhkanlah dari perbuatan sebegitu.” katanya.

Jika di Eropah dan negara-negara Barat, makanan berbentuk kemaluan sememangnya telah lama bertapak di pasaran, jadi adakah kita juga ingin menyerap budaya Barat ke dalam jiwa rakyat?

Adakah ia hanya sesuai untuk wanita yang ada fantasi seks berangan cuba meratah jamah batang panjang lembut gebu lelaki yang diidam-idamkannya itu?

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

"Hanya Orang Melayu Yang Bising Kerajaan Bawa Masuk Pekerja Asing," - Anak TPM



Hanya Melayu yang bising, bukan Melayu tidak persoalkan pun usaha kerjaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke Malaysia, itulah kata anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.

“Kalau hendak bergaduh kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri, saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana?

“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?

“Mereka berniaga kuey tiaw, buka bengkel, tidak bising pun. Kenapa orang Melayu bising? Kenapa orang India tidak bising? Sebab hati,” katanya dipetik laporan ProjekMMO malam tadi.

Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.

“Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

AKHIRNYA MUKHRIZ LETAK JAWATAN. NAJIB 1 - 0 MAHATHIR

on Tuesday, February 2, 2016



ALOR SETAR - Setelah puas didesak oleh ADUN BN Kedah untuk berundur, akhirnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Pengumuman itu dibuat menerusi sidang media yang diadakan di Wisma Darul Aman pada jam 10 pagi tadi.

"Saya dimaklumkan bahawa saya telah kehilangan sokongan ADUN Kedah setelah pertemuan dengan Jemaah Istana. Saya akan melepaskan jawatan saya sebagai Menteri Besar mulai hari ini.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pentadbiran negeri Kedah sewaktu saya mentadbir," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Mukhriz turut mengesahkan bahawa Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah dipilih menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.

"Saya harap beliau tidak lena (tidur) ketika angkat sumpah esok," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'SAYA PINDAHKAN SEMUA WANG KERANA TIDAK PERCAYAKAN TABUNG HAJI'

on Friday, January 29, 2016


"Selamat Tinggal Lembaga Tabung Haji"

Saya tidak suka memberikan komen mengenai politik. Saya lebih gemar menjadi pemerhati yang senyap sahaja. Walaupun dalam Facebook atau dalam group WhatsApp yang saya sertai, saya memang jarang muncul dan tidak pandai nak bersembang kosong. Apatah lagi nak berdebat atau nak mengadu tentang hal-hal politik.

Saya lebih gemar menggunakan hak saya sebagai pengundi dan memangkah pemimpin yang saya pilih. InshaAllah, kalau boleh yang berteraskan khalifah Islam. Tetapi pilihan raya umum lambat lagi. Dan dari hari ke hari, hati saya semakin mendidih di dalam.

Apa sudah jadi pada Malaysia ku? Apa sudah jadi pada negara Islam ku?

Sedih, sedih dan sedih. Kemelut terbaru Lembaga Tabung Haji (LTH) telah menghancurkan hati dan kepercayaan saya. Saya tahu, inshaAllah wang saya tidak ke mana dan tetap di situ. Malah yang pastinya dividen pun tetap akan ada walaupun mungkin tidak sebanyak dulu lagi.

Tetapi saya tidak mahukan dividen yang tinggi, kalau sepatutnya itu bukan hak saya. Jika mengambilkira perkara yang sepatutnya dilakukan LTH.

Saya melihat, semua rakyat jelata marah, kutuk, mengadu, menyindir, mencerca dan sebagainya. Tetapi situasi zaman kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa marah dan suara rakyat sudah tiada maknanya dan tidak boleh mengubah apa-apa pun.

Lalu saya berfikir, apa yang saya boleh buat untuk menyatakan suara saya? Tidak bersetuju tentang apa yang berlaku pada LTH dan kepimpinannya, mengikut cara saya. Kalau hanya setakat bising di media sosial, orang-orang seperti saya ini boleh ke memberikan impak? Apa yang pasti, ia bagaikan menyalak bukit sahaja.

Maka hari ini saya memutuskan untuk menggunakan hak saya dengan melakukan perkara mudah di hujung jari sahaja.  Dan saya baru saja balik dari Tabung Haji. Saya telah memindahkan semua wang simpanan dalam akaun Tabung Haji saya ke akaun bank Islamic dan bank-bank yang lain.

Namun saya tinggalkan RM1,500 kerana kakitangan kaunter Tabung Haji kata itu adalah kadar minimum untuk akaun terus kekal aktif. Saya akan pindahkan semula kesemua wang saya ke akaun Tabung Haji jika kemelutnya telah diselesaikan. Lagipun saya telah pergi mengerjakan Haji, jadi keperluan saya pada LTH sudah tidak banyak rasanya.

Saya menabung di situ pun kerana saya merasakan LTH paling syariah compliance dan juga mahu menyokong institusi berteraskan Islam. Tetapi sekarang, saya pun sudah tidak beberapa percayakan kepimpinan Tabung Haji. Saya terpaksa membuat keputusan yang lain pula.

Saya mahu melihat, jika LTH dapat mengembalikan kepercayaan saya, bila-bila masa saja saya boleh memindahkan semula wang saya ke akaun Tabung Haji. Tetapi bukan kali ini. Selamat tinggal Tabung Haji. Saya tak support 'pemakan dedak'.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Polis Buru Peluncur Extreme Jalan Seremban - Jelebu Yang Viral Di Media Sosial

on Tuesday, January 26, 2016



SEREMBAN: Pihak Polis Di Raja Malaysia telah menyiasat identiti peluncur yang menjadi viral di laman sosial apabila peluncur berkenaan telah melakukan aksi ekstrem 'street lugging' atau meluncur menuruni bukit dengan berbaring di atas papan selaju di Jalan Seremban-Jelebu di sini, semalam.

Memetik laporan BH Online, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainudin Ahmad berkata, pihaknya telah mendapat maklumat awam mengenai aktiviti ini di mana ianya membahayakan peluncur itu sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"Aktiviti sedemikian tidak sepatutnya dilakukan di atas jalan raya terbuka dengan kehadiran kenderaan lain kerana jelas terlalu berbahaya.

"Kita sedang mengumpul maklumat mengenai identiti peluncur itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya di sini, hari ini.

Rakaman video berdurasi 1 minit 5 saat itu menjadi viral selepas dimuat naik Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok, di dalam laman Facebook beliau dimana ia menunjukkan aksi seorang lelaki sedang meluncur laju menggunakan jalan raya awam dan memotong kenderaan lain sambil berbaring atas papan selaju.

Seng Kok berkata, dia yang memandu di jalan berkenaan terkejut dipotong dari arah kiri oleh peluncur terbabit di satu selekoh dan tidak dapat membayangkan jika dia terbabas dan peluncur itu digilis kenderaan.



Today as I was driving downhill along the winding Seremban-Jelebu road, a guy lying on a speeding skateboard overtook me from my left at a curved part. Could not imagine what if he skidded and slid under my wheels.“Street Lugging” is one of the Top Ten Most Dangerous Sport Games in the World. Lying on a skateboard and rolling down a street may seem like fun but it really involves great risks. A minute of collision may cause injuries of a lifetime. Bone fracture is also part of the game.今天当我开车沿着蜿蜒的芙蓉往日叻务下坡路段时,突然一名躺在超速滑板上的家伙在弯处从我的左边超车。不能想象如果他失控滑入我车轮子的后果。街头或公路玩滑板乃世界上的十个最危险的体育游戏之一。躺在滑板和滚下街看似有趣的,但它真的有很大的风险。 分分钟的碰撞可能会导致一生的人身伤害。 骨折也是游戏的一部分。

Posted by Loh Seng Kok 卢诚国 on 24hb Januari 2016


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'DIA YANG TAK RETI PARKING, DIA PANCITKAN TAYAR KERETA AKU'

on Sunday, January 10, 2016



Kereta mewah tetapi otak pemiliknya tidaklah seberapa mewah apabila bertindak bodoh dengan menganiaya pemilik kenderaan yang lain.

Itulah yang dialami oleh mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil dalam insiden yang berlaku di tempat letak kereta sebuah bangunan.

"Ini satu sifat manusia yang tidak bermoral. Salah sendiri, kereta saya pula yang dipancitkan. Jangan ingat bila guna kereta besar, boleh buat sesuka hati. Penat saya nak bawa anak-anak. Tolong viralkan sifat pemilik kereta merah yang kurang akal ini," kata Mohd Fadzil di laman Facebooknya.



Fadzil mengetahui perkara ini setelah diberitahu oleh seorang saksi yang meninggalkan nota, "W6268C do this!!"

Bagi mempertahankan dirinya tidak bersalah, Fadzli memuat naik beberapa gambar bukti yang menunjukkan keretanya diparkir dalam petak tanpa mendatangkan masalah pada pengguna yang mahu menggunakan petak parkir di bahagian tengah.



Malangnya, pemilik kereta merah terbabit yang jelas sekali memarkirkan kenderaannya melebihi garisan yang ditetapkan.

Tanpa sebarang rasa bersalah, pemiliknya menganggap ruang sempit di bahagian kanannya itu disebabkan oleh kereta Perodua Kancil tersebut, lalu bertindak memancitkan tayarnya.

Bagaimanapun, Fadzil tidak membuat laporan polis dan hanya meminta orang ramai menyebarkan gambar itu di media sosial agar pemiliknya sedar akan kesalahan dirinya sendiri

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sayu. Ditangkap, Diikat Pada Pokok Selepas Curi Sarung Kopek Makcik Makcik

on Thursday, January 7, 2016



Sungai Petani: Seorang lelaki berusia 20-an ditangkap oleh penduduk Kampung Sungai Muda, Kota Kuala Muda, Sungai Petani di sini pada petang semalam sebelum diikat di sebatang pokok selepas dia dikatakan mencuri coli dan seluar dalam wanita.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, lelaki terbabit dikatakan sedang leka mencuri coli dan seluar dalam wanita di beberapa rumah penduduk.

Seorang penduduk, Ahmad Kamil Mihamad, 40 berkata, perkara tersebut disedari oleh beberapa isteri nelayan yang curiga melihat suspek memasuki ke dalam rumah penduduk sebelum dia keluar membawa coli dan seluar dalam.

Mereka kemudiannya memaklumkan kepada penduduk tentang apa yang berlaku sebelum lelaki itu ditangkap.

“Ketika ditahan, penduduk terkejut apabila menemui sejumlah coli dan seluar milik penduduk di dalam baldi yang dibawa oleh lelaki itu.

"Lelaki yang berasal dari Semeling itu kemudian diikat pada sebatang pokok sebelum ditahan polis yang tiba tidak lama kemudian.

“Bagaimanapun, penduduk tidak membuat sebarang laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya sebagai mana lapor myMetro.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

GURU DISIPLIN LASTIK KOLOPIR 2 PELAJAR DI KUALA PILAH BAKAL DIDAKWA



KUALA PILAH - Seorang guru disiplin di sebuah sekolah di sini bakal menerima didakwa selepas laporan polis dibuat yang mendakwa guru terbabit telah menghukum dua pelajarnya dengan hukuman yang tidak wajar, lapor NST.

Pengadu mendakwa, guru disiplin berkenaan telah memaksa dua pelajar lelaki Tahun Enam itu membuka seluar dan melastik kemaluan mereka dengan gelang getah selain dari menampar mereka.

Maimunah Harun dan Ramlan Razak membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Melang.

Difahamkan, cucu Maimunah salah seorang mangsa guru terbabit, manakala seorang lagi pelajar adalah anak kepada Ramlan.

Menurut Maimunah dan Ramlan, mereka terpaksa membuat laporan polis setelah usaha mereka mengadu mengenai perkara itu pada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Daerah tidak dipedulikan.

Maimunah mendakwa, kejadian yang menimpa cucunya itu berlaku pada 12 November.

"Ia berlaku seminggu sebelum cuti sekolah. Kedua-dua mereka telah dipanggil oleh guru disiplin kerana didakwa telah mencuri bolt tayar kereta seorang guru," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Majau, semalam.

Maimunah mendakwa, kedua-dua mangsa terpaksa menanggalkan seluar mereka dan guru terbabit terus melastik kemaluan mereka sebagai hukuman.

Selepas mengetahui kejadian itu, dia dan Ramlan mengadu pada pihak sekolah dan pegawai pendidikan daerah.

"Kami telah diminta untuk membuat aduan bertulis. Pegawai itu telah berjanji akan menyelesaikan masalah ini namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang diambil.

"Saya bimbang cucu saya akan ponteng sekolah kerana dia masih trauma dengan kejadian itu," katanya.

Sementara itu Ramlan berkata, dia bimbang dengan emosi anaknya akan terjejas kerana dia akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Luqman ABd Rahman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu dan ia sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

"Guru terbabit boleh didakwa kerana menyebabkan kecederaan tetapi dia tidak ditangkap kerana kecederaan yang dialami oleh mangsa tidak serius.

"Sebaik saja siasatan selesai, kami akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah mengesahkan menerima aduan itu dan berkata perkara itu akan dirujuk pada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca pekerja pipit orang utan sampai hamil tersebar

on Friday, December 18, 2015



Surabaya: Seorang kakitangan Zoo Surabaya ditangkap dan didakwa atas tuduhan menyerang beberapa haiwan secara seksual termasuk menyebabkan seekor orang utan betina bunting, lapor Kalimantan Press.

Perbuatan lelaki berusia 38 tahun itu terbongkar selepas dirakam beberapa kamera tersembunyi yang dipasang kakitangan keselamatan zoo selepas ada yang menyuarakan rasa sangsi terhadapnya.

Kakitangan zoo, Akhiroel Yahya berkata: “Ada haiwan nampak terangsang secara seksual apabila tiba masa untuk memberi mereka makan.

“Tetapi, apa yang paling membuatkan kami mengesyaki sesuatu tidak kena ialah melihat orang utan tertua kami, Marylin, hamil sedangkan dia tidak pernah bercampur dengan orang utan lain disebabkan sifatnya yang agresif,” katanya.

Pengarah zoo, Abdoel Hakim yang marah dengan kejadian itu mengakui mengambil masa untuk mengenal pasti apa sebenarnya berlaku.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BERITA 13,334 PEGAWAI KASTAM TERIMA 'BONUS TERGEZUT SEBULAN GAJI ADALAH PALSU!

on Thursday, December 17, 2015



PUTRAJAYA - Gambar salinan surat yang menyatakan 13,334 Pegawai Kastam dibayar 'bonus' sebulan gaji viral di laman sosial dan WhatsApp, sejak semalam.

Berdasarkan salinan surat yang diterima pada 16 Disember, juga dipercayai dibocorkan oleh kakitangan bank menunjukkan surat tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia menyatakan, seramai 13,334 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan diberi bonus sebulan gaji yang berjumlah sebanyak RM36 juta.



"Bayaran bonus itu diberi sebagai penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan kepada usaha gigih JKDM dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab memungut hasil bagi pihak Kerajaan sepanjang tahun 2015.

"Walau bagaimanapun, anggota JKDM tidak akan dibayar pemberian khas RM500.00 seperti mana yang diumumkan oleh YAB Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapan Pembentangan Bajet 2016," merujuk kepada surat berkenaan.

Pegawai JDKM yang terbabit dalam pembayaran bonus itu dilaporkan akan menerima bayaran bonus tersebut pada awal Januari 2016, tarikh yang sama dengan penjawat awam yang lain menerima pemberian khas.



UPDATE 10.43 MALAM

Menurut sumber, salinan surat yang tersebar itu adalah palsu. Bagaimanapun tiada sebarang penjelasan lanjut yang diberikan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

VIDEO: Panas! Dicerai suami selepas aksi hisap tersebar dalam video

on Monday, December 14, 2015



Sekadar foto hiasan

Seorang lelaki di Kuwait dilaporkan menceraikan isterinya selepas melihat rakaman aksi wanita itu menghisap shisha di dalam sebuah video.

Rakaman video yang dikirim wanita berkenaan kepada seorang rakannya melalui aplikasi Snapchat bagaimanapun secara tidak sengaja turut menghantar video berkenaan kepada suaminya.

Akibat marah dengan perilaku isterinya yang merokok di luar pengetahuannya, lelaki berkenaan terus bertindak menceraikan isterinya seperti yang dilaporkan Emirates.

Berbeza dengan di negara kita, ramai anak-anak dara dan juga wanita kini ber"vape".. Dan tak kurang juga ramai yang merokok secara terbuka di kawasan awam..

Sanggupkah lelaki-lelaki di Malaysia putuskan hubungan dengan teman wanita atau menceraikan isteri-isteri mereka seperti lelaki di Kuwait tersebut?

Mungkin itu mustahil berlaku kerana lelaki di negara ini khususnya lelaki Melayu sangat baik hati serta penuh dengan kasih sayang terhadap pasangan masing-masing.

Lagipun lelaki melayu terkenal dengan perangai sopan berbanding dengan lelaki arab yang diketahui bersikap kasar terutamanya kepada wanita. Betul tak wahai lelaki melayu sekalian?? Hahaha...

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'BERHUTANG RM50 SELAMA 3 BULAN, TNB TETAP AKAN POTONG JUGA' - RONY



Baru aku tahu yang deposit RM500 pada Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu rupa-rupanya bukan bertujuan sebagai had penggunaan maksimum yang jika sesiapa yang melebihi had penggunaan barulah elektrik akan dipotong.

Korang berhutanglah RM50 selama tiga bulan, mereka tetap datang untuk potong elektrik juga. Bila saya tanya mengapa mereka mengambil deposit kalau tak ada gunanya kepada pengguna?

Maka jawab seorang pegawai yang bermuka hodoh dengan jawapan yang sangat bodoh.

"Duit itu kita simpan bila buka akaun dengan TNB dan bila kita tak nak gunakan elektrik nanti, kita akan pulangkan semula," katanya.

"Duit deposit yang disimpan itu buat apa?" aku tanya lagi.

Pegawai itu memberikan jawapan yang sama lagi.

Pada hal dalam kepala aku sedang mencongak, kalau ada 5 juta pengguna elektrik di mana TNB 'simpan' setiap duit pengguna sebanyak RM500, maka 5 juta didarab dengan 500, TNB bekukan duit sebanyak RM2.5 bilion pengguna dalam akaun mereka.

Mana ada orang pasang meter dan buka meter setiap bulan. Malahan ada yang sampai owner asal meninggal, disambung ke anak sampailah ke cucu tak pernah ambil deposit itu.

Banyak syarikat-syarikat di negara ini mengenakan syarat-syarat dan menyimpan deposit yang hampir tidak dipulangkan kepada pengguna. Tetapi kerajaan mendiamkan perkara ini tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Duit deposit yang mereka ambil sebenarnya akan digunapakai atau dilaburkan oleh syarikat tanpa persetujuan kita secara diam-diam. Jika TNB memulangkan duit tersebut 30 tahun dari sekarang, maka nilai RM500 pada masa itu mungkin hanya mampu membeli 2 kampit beras seberat 10 kita setiap satu.

Syarikat-syarikat utiliti di negara ini serupa dengan Yahudi zionist juga. Lanjiaoo.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'BAWA BF MASUK BILIK SEWA DAH TREND DI BANGI'

on Saturday, December 12, 2015



BANGI - Seorang gadis yang ingin menyewa rumah sewa mendakwa membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah menjadi trend yang biasa di Bangi.

Screenshot yang didedahkan oleh pemilik rumah sewa tersebut mengundang reaksi negatif netizen  di laman Facebook.

Gadis yang tidak didedahkan identiti itu pada mulanya bertanya sama ada bolehkah dia membawa teman lelakinya ke bilik. Namun, pemiliknya tidak membenarkan dia berbuat demikian.

Tambahan, gadis itu adalah muslim yang terang-terang bukan mahram.



"Dah terang lagi bukan mahram, tak boleh tinggal serumah. Timbulnya fitnah dan zina nanti. Kang kena kahwin free haa!" katanya.

"Owh, tadi saya ada tanya rumah lain, boleh saja bawa boyfriend masuk bilik. Benda ini dah trend lah di Bangi," balas gadis itu.

Bimbang bersuhabat melakukan perkara yang berdosa, pemilik rumah itu terpaksa menolak keinginan gadis itu menyewa rumahnya.

"Tak apalah awak. Saya tak ambil penyewa yang ingin bawa lelaki masuk rumah. Jagalah maruah sebagai perempuan," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'NAK BALUN TUN MAHATHIR UNTUK DAPAT SORAKAN, SEKALI DIRI SENDIRI KENA BOOOOOO'

on Friday, December 11, 2015



KUALA LUMPUR - Gara-gara mengeluarkan kenyataan kurang cerdik mengenai Tun Dr Mahathir dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO 2015, perwakilan dari Perak di'boo' oleh perwakilan UMNO yang hadir.

Dalam ucapan Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, "Kejayaan dikecapi oleh UMNO pada hari ini bukan kerana insan bernama Mahathir,".

Akibatnya beliau di'boo' oleh perwakilan yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu menyebabkan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin mengarahkan Hamzah menukar topik ucapannya.

"Sila ubah muka surat dan baca topik lain. Yang berlalu biarlah berlalu. Yang penting kita pandang ke hadapan," katanya.

Insiden yang tidak disengajakan itu membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh yang kuat dan besar di dalam UMNO.

"Sebab itulah sehinggi kini UMNO tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Tun Dr Mahathir walaupun Tun begitu lantang mengkritik Presiden UMNO. Ini juga kerana UMNO takut ramai ahli UMNO yang berpaling tadah. Mereka yang menyorak 'boo' kepada Hamzah adalah penyokong setia, bukannya penyokong suruhan yang dibayar untuk menjerit 'Hidup Najib' atau 'I Love PM'," kata Zulfakar.

"Balun Tun Mahathir konon-konon nak mendapat pujian dari Najib Razak serta sorak ahli dalam dewan. Sekali tengok, diri sendiri kena 'Boo'. Ternyata bodoh," kata Taufek.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

KIMK: 'DIA YANG HARUS MINTA MAAF' - FAZURA

on Monday, December 7, 2015



Setelah tersalah faham dengan comment seorang followersnya, Vii Narza, pelakon Nur Fazura enggan memohon maaf sungguhpun sedar akan kesilapannya itu.

Dalam penjelasan awal Fazura menyatakan pengguna media sosial harus berhati-hati menggunakan shortform yang menyerupai kata-kata kesat bagi mengelakkan salah faham pihak lain. Namun, tiada sebarang pemohonan maaf yang dibuat.



Tidak beberapa lama selepas itu, gambar Fazura membuat laporan polis pula dimuat naik di laman Instagram membuatkan netizen membuat andaian bahawa laporan itu berkaitan dengan isu KimK. Ekoran itu, kesilapan Fazura itu dijadikan sebagai bahan gelak ketawa netizen dan juga pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad, semalam.

Bagaimanapun, Fazura tetap mempertahankan tindakannya menegur wanita itu.

"Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan. Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf kepada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial.

"Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar," katanya yang juga enggan mengulas lanjut mengenai laporan polis yang dibuatnya baru-baru ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'MANSUHKAN HUKUMAN KHALWAT'

on Sunday, December 6, 2015



KUALA LUMPUR - Kumpulan bekas Penjawat Awam, G25, mahu menubuhkan sebuah jawatankuasa perunding membincangkan meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Antara yang dicadangkan ialah memansuhkan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika ia dilakukan dirumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu. Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi di antara pelakunya dengan Allah kecuali jika perbuatan itu dilakukan di tempat awam.

"Ini bertentangan dengan Islam. Apa yang orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh mengetuk pintu pada jam 3 pagi dan menahan mereka. Ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam. Dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.

"Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan di taman awam," katanya yang dipetik dari portal Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Farida, pelaksanaan undang-undang syariah itu menjadi masalah besar apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang individu itu sebagai satu kesalahan jenayah.

Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda.

G25 akan cuba mendapatkan kerjasama dan penglibatan dari semua NGO dalam usaha menubuhkan jawatankuasa tersebut selain dari cuba memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



 
© AANS BLOG All Rights Reserved