ONEXOX
BannerFans.com

PENCARUM BERANG KWSP CADANG TINGKATKAN HAD UMUR PENGELUARAN

on Sunday, April 12, 2015



KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu berhati-hati berhubung cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai had umur pengeluaran simpanan pada usia 60 tahun kerana ia boleh dijadikan modal politik oleh pembangkang.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, perlaksanaan cadangan itu bakal menimbulkan impak buruk sekiranya majoriti rakyat menyatakan bantahan tetapi ia tetap diteruskan.

"KWSP harus meminta dan mendapatkan maklumbalas daripada pencarum terlebih dahulu sebelum merealisasikan cadangan tersebut.

"Apa yang penting, KWSP mesti memikirkan kesannya kepada pencarum kerana hak pencarum harus diberikan keutamaan," katanya.

Sabtu lalu, KWSP bercadang untuk meminda had umur pengeluaran simpanan persaraan kepada 60 tahun berbanding 55 tahun dengan alasan hampir 70% ahlinya menghabiskan wang tersebut dalam tempoh lima tahun.

Dalam reaksi balasnya, Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, cadangan itu dianggap terburu-buru kerana bukan semua pencarum mengeluarkan simpanan persaraan untuk tujuan tidak berfaedah.

Cadangan itu juga menjadi viral di media sosial dengan sesetengah netizen membuat pelbagai tuduhan.

Menurut Presiden MTUC, Kahlid Atan, maklumat yang diterima pihaknya mendapati kebanyakan golongan pekerja menuntut pihak KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka pada umur 55 tahun.

"Kalau boleh biarkan mereka keluarkan duit itu pada umur 55 tahun, mungkin mereka ada rancangan sendiri untuk menggunakan wang simpanan tersebut.

Walau apa pun diperkatakan oleh golongan-golongan atasan ini, orang ramai tetap membantah cadangan KWSP dan mendakwa KWSP telah mencabul hak mereka sebagai pencarum serta membuat cadangan itu tanpa meminta pandangan pencarum terlebih dahulu.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

"....alasan hampir 70% ahlinya menghabiskan wang tersebut dalam tempoh lima tahun."

Yang KWSP bagi alasan ni apa kena mengena... itu duit pencarum, masing2 tahu apa yg bagus utk diri masing2. Anyway, KWSP bukannya ikut syariah Islam. Basically keuntungan penuh dgn benda haram. Lebih baik letak dalam tabung haji atau investment yg ikut syariah. So aku nak duit aku balik utk menubung ke tempat halal.


April 12, 2015 at 9:05 PM
Anonymous said...

Ntah2 kwsp dah xde duit..sebab tu nak naikkan had masa untuk keluar duit.Umur dah 60 baru bole keluar,orang dah tua la syaitan!!! kalau boleh keluar umur awal,bole la start untuk berniaga.Lagipun duit kite sendiri,suke hatilah kita nak buat ape..babi betol la dorg ni.knape pulak mereka yang nak control duit kite sendiri..dulu umur 50,sekarang dah 55..lpas ni nak buat 60..ni la namenye rompakan secara terang2..lepas ni bn memang jatuh..tengoklah nasib bn pru lepas ni.


April 13, 2015 at 1:00 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved