Pengguna media sosial awal pagi tadi digemparkan dengan penyebaran sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menerajang seorang lelaki warga emas sehingga terjatuh.
Video yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Rubyshah itu di laman Facebook bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar kejadian.
Tampil seorang wanita bernama Norhashimah Saad menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.
"27 April 2015, baru balik jumpa dengan Pian dan keluarga dia. Sebenarnya kes ini terjadi sebab pakcik itu yang tampar anak dia. Masa ibu dia tanya, dia menangis-nangis tu, dia kata pakcik tu tampar dia.
"Yang si Pian pun tanyalah pakcik tu. Pakcik tu angguk mengaku. Itu yang Pian marah sangat tu.
Lelaki warga emas diterajang orang mudaSalam semua. Saya nak share satu video.Kasihan pakcik tu yang tak bersalah apa apa pun. Kebiasaannya, beliau datang ke kedai saya. Tetapi mungkin kedai saya lambat buka. Itu yang dia pergi kedai orang Thailand tu. Rasa geram pun ada. Wajarkah orang muda seperti itu meperlakukan orang tua seperti itu?Tolong ajar sikit budak muda tu - Anna Rubysha
Posted by My Media Hub on Sunday, April 26, 2015
"Pian nangis akui kesilapan dia. Bila dia tengok balik video tu, dia sendiri kata jahatnya dia waktu tu.
"Masa salam tu nampak tak berapa kemas sebab tangan pakcik tu sakit. Dia menyesal sangat-sangat. Kes berlaku pada hari Jumaat dalam pukul 3 petang.
"Hari Sabtu malam tu, ada orang dah datang pukul dia. Itu yang buat dia lagi takut.
"Insha Allah satu perjumpaan lagi sekali akan diadakan bersama keluarga pakcik itu untuk mohon maaf sekali lagi.
"Dia dah minta maaf dengan pakcik tu. Sekian report saya," katanya menjelaskan hal sebenarnya yang kini telah menjadi kes polis.
Sungguhpun begitu, netizen tetap menganggap tindakan lelaki itu sangat kasar dan biadab kerana sanggup menerajang orang tua yang tidak segagah dirinya.
Apa-apa pun, kes dianggap selesai.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment