ONEXOX
BannerFans.com

SAYU. CIKGU PUTUS HUJUNG JARI (3 GAMBAR)

on Sunday, April 26, 2015



Pernah terjadi pada tahun 2003 dulu seorang guru terkena renjatan elektrik kerana cuba membaiki kipas di kelas akibat seorang pelajarnya tiba tiba menghidupkan suis. Guru tersebut koma.

Malah pernah terjadi guru maut akibat kemalangan jalanraya selepas menghantar muridnya balik ke rumah selepas aktiviti sukan. Namun semua itu ramai yang tak ambil peduli.

Malah ada guru disaman oleh ibubapa kerana kereta guru yang membawa murid itu terbabit dengan kemalangan maut selepas tamat perlawanan bolasepak .

Semalam saya terima whatsapps dari group sekolah lama saya mengatakan jari seorang guru putus akibat anak muridnya menutup pintu dengan kuat.

Nama guru itu Cikgu Sharipuddin putus di hujung jari akibat kecuaian muridnya menutup pintu dengan kuat.

Namun menurut makluman cikgu Sharipuddin memaafkan murid berkenaan kerana faham ianya perbuatan tidak sengaja.

Namun tercetus polemik dalam perbincangan rakan rakan group bahawa kalau cikgu yg buat jari ank murid satu dunia akn heboh...jangan kata putus jari hatta dijemur pun guru akan diserang.

Apatah lagi kalau rotan berbirat birat maka akan menjadi isu utama dalam media sosial dan cetak. Kejadian yang menimpa cikgu sharipuddin yang mengajar di Sek Men Bukit Mercu Kuala Kangsar dikatakan akibat kecuaian muridnya menutup pintu terlalu kuat.

Ada juga komen mengatakan salah cikgu kerana meletakkan tangan dipintu. Namun pada pandangan saya walaubagaimana betulnya guru itu pasti ada yang cuba mencari salahnya.





Yang pasti cikgu sharippuddin berjiwa besar memaafkan murid itu dengan mengatakan ianya tidak sengaja. Bagi sahabat guru yang lain diharap selepas ini kita lebih berhati hati...dan pada ibu bapa janganlah selalu menuding jari menyalahkan guru.

Kadangkala ada tindakan guru nampak keras contohnya nak selamatkan satu kelas dari keracunan makanan maka guru melarang menjual murid makanan dari luar. Bila diketahui media sosial maka berkoyan koyan cerca hina diberikan pada guru.

Bersabarlah wahai guru...halalkan ilmu yang kita beri walaupun kadangkala kita dilempar tahi. Yang pasti Allah sahaja yang membalas pengorbanan kita.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved