ONEXOX
BannerFans.com

WANITA DERA BAYI SENDIRI DITANGKAP

on Monday, April 20, 2015



17 April yang lalu, video seorang bayi bawah usia setahun didera oleh seorang wanita yang dipercayai ibunya sendiri tersebar di laman Facebook.

Ekoran dari penyebaran itu, Polis Perak telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Susulan penyebaran video itu di laman sosial, seorang perempuan Melayu, saudara kepada mangsa telah membuat laporan polis hari Ahad, 19 April.



Tak sanggup tengok lama-lama. Kau pukul, tampar budak bawah usia 6 bulan tu akan berhenti menangis ke cik kak oi??More: #MediaVids
Posted by My Media Hub on 17hb April 2015


Hasil laporan itu, polis telah mengenalpasti suspek iaitu seorang perempuan Melayu berumur 17 tahun, ibu kepada mangsa.

Suspek telah ditangkap hari ini di Ipoh dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya, demikian menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved