ONEXOX
BannerFans.com

Luahan sayu Dr Maza, Mat Maslan kena baca!!

on Monday, April 20, 2015

Apa yang dikisahkan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, lagi tentang GST. Pop-corn juga dikenakan GST. Apakah pop-corn makanan mewah dan kaya?, tanya Dr Maza.



Apa yang dijanjikan ‘seseorang’ tidak menjadi kenyataan. Makanan tetap juga dikenakan GST. Baca tulisan Dr Maza di bawah.

Sekadar Lintasan Fikiran

Pulang dari Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Dari Putrajaya menuju Kangar. Singgah beli pop-corn untuk anak kecil. MashaAllah, kena GST juga?!

Teringatkan kata-kata seseorang bahawa GST hanya untuk orang kaya dan barangan mewah. Apakah pop-corn makanan mewah dan kaya?!

Entah kenapa tiba-tiba teringat pula hadis Nabi s.a.w riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Rasulullah s.a.w;

ما من وال يلي رعية من المسلمين فيموت وهو غاش لهم إلا حرم الله عليه الجنة

“Tiada seorang penguasa pun yang menguruskan rakyat dari kaum muslimin, kemudian dia mati dalam keadaan dia penipu mereka melainkan Allah haramkan ke atasnya syurga”.

Maaf atas lintasan fikiran saya itu. Mungkin sekadar satu lintasan fikiran semata, ataupun mewakili tangisan rakyat bawahan yang kian dihimpit rasa.

Lintasan fikiran biasanya hadir tanpa diundang. Namun, kesusahan rakyat kadangkala diundang oleh salah urus, kebocoran dan kehilangan wang negara tanpa ada jawapannya.

Moga Malaysia terus sejahtera. Pohon maaf atas lintasan fikiran dan perasaan.

Makan roti canai kedai mamak juga dikenakan GST, Apa cerita Mat!!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved