Facebook ‘troll’ Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dilihat lebih popular daripada yang dimiliki Datuk Ahmad Maslan kerana pengajaran yang terkandung di dalam laman itu sendiri.
Tegas Abdul Rani, walaupun laman itu dikendalikan ‘peminat’nya, ia dilihat memberi lebih banyak teladan dan bermanfaat daripada laman Facebook ‘troll’ Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
“Peminat meletakkan aktiviti seharian saya selain bukan berniat memperlekeh. Bilangan ‘like’ juga jauh lebih banyak daripada Ahmad Maslan.
“Walaupun saya sendiri tidak mengenali pengendali laman itu, namun ia banyak membantu peminat-peminat saya untuk tahu aktiviti seharian yang dibuat MJMM.
“Ia sekali gus menaikkan nama MJMM dan memberi lebih promosi kepada banyak isu-isu negara yang harus diberi perhatian selain banyak laporan polis yang dibuat sebelum ini,” katanya kepada Astro AWANI di sini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati laman FB ‘troll’ ‘Abdul Rani Kulup Fans’ mempunyai lebih 105,000 ‘like’ sementara ‘Ahmad Maslan Fans’ hanya mencatat 15,000 ‘like.’
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment