1. Tiada apa yang telah dijawab oleh Najib. Selain dari mengatakan yang pembunuhan Altantuya adalah kes lama, tiada apa yang telah dijawab. Kes itu masih lagi dianggap kes semasa kerana kedua-dua tertuduh masih menunggu untuk dihukum gantung. Kedua-duanya pernah dibebaskan sebelum ini dan pembebasan mereka bermakna kes itu telah selesai. Tetapi sekarang mereka akan dihukum gantung. Walaupun jelas mereka bertindak menurut perintah. Dan mengantung mereka adalah suatu penghinaan kepada keadilan.
2. Berkenaan 1MDB, jawapan yang diberikan adalah sama seperti terdahulu. TUNGGU. Tunggu laporan Ketua Audit Negara. Yang mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun. Mengaudit akaun 1MDB juga tidak akan menjelaskan apa-apa. Ianya tidak akan menjelaskan penglibatan Jho Low. Ianya tidak akan menjelaskan bagaimana Riza Aziz boleh memiliki begitu banyak wang pada ketika 1MDB kehilangan wang. Ia juga tidak akan menjelaskan urusniaga pelik yang melibatkan Petrosaudi, bank-bank di Seychelles, Hong Kong dan Kepulauan Cayman. Wang di Kepulauan Cayman yang kemudian telah dibawa pulang dan disimpan di Singapura. Sekarang menurut bank berkenaan tiada wang yang disimpan di bank tersebut.
3. Meminta rakyat supaya tidak bertanya sebarang soalan sehingga laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan adalah suatu perbuatan yang kurang bijak. Ianya ibarat melihat seseorang melakukan rompakan dan pada masa yang sama meminta orang ramai supaya tidak membincangkan kejadian tersebut sehingga selesai perbicaraan di mahkamah.
4. Pembelian jet mewah peribadi adalah untuk keselamatan. Adakah jet tersebut berupaya untuk menghentikan penculikan dan pencerobohan yang semakin berleluasa di Sabah atau penyeludupan senjata di utara sempadan negara? Atau keselamatan hanyalah bagi mereka yang terbang di dalam jet peribadi tersebut?
5. Negara ini telah berulangkali diserang oleh penganas yang membunuh anggota polis dan tentera kita. Adakah ianya suatu kebiasaan di negara ini atau ianya merupakan masalah keselamatan? Dan adakah kita menunjukan bahawa kita mengambil berat tentang keselamatan negara dengan membeli jet peribadi mewah?
6. Adalah sesuatu yang amat memalukan bila kita tidak mampu untuk menjamin keselamatan rakyat di negara sendiri.
7. Ketua Audit boleh melakukan audit tetapi tidak banyak yang akan terbongkar. Adalah lebih baik jika Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, di mana ahli-ahlinya tidak dipilih oleh kerajaan untuk meneliti setiap perlakuan 1MDB. Ini kerana Suruhanjaya Diraja bukan sahaja akan menyiasat 1MDB tetapi juga menyiasat kerajaan yang jelas telah gagal memantau urus tadbir 1MDB.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment