ONEXOX
BannerFans.com

'AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEGAWAI JPJ TERLIBAT YANG ARAH WANITA CUN MELECUN PAKAI KAIN BATIK'

on Tuesday, June 9, 2015



PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengarahkan pegawainya menjalankan siasatan terhadap kes seorang wanita Cina yang diminta memakai kain sarung berikutan pakaian yang dipakai wanita itu terlalu mencolok mata.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Ini bukan polisi kementerian. Saya sudah arahkan siasatan dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai JPJ yang terlibat," katanya.

Menurut kenyataan Liow di laman Facebook miliknya, kes itu disiasat serta-merta dan memberikan jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai JPJ terbabit yang mengarahkan wanita Cina itu memakai kain sarung sebelum berurusan di kaunter JPJ.

Liow yang juga kesal dengan insiden itu berlaku terhadap wanita Cina itu berkata, tiada dasar yang memerlukan orang awam memakai kain sarung untuk berurusan di kaunter JPJ.

Tambahnya lagi, kementeriannya akan mengkaji semula garis panduan pemakaian orang awam ketika berurusan di kaunter kerajaan.

Semalam, heboh di laman sosial apabila seorang wanita Cina diminta memakai kain sarung oleh kakitangan JPJ kerana memakai skirt yang sangat singkat. Bagaimanapun, lokasi cawangan JPJ yang dimaksudkan tidak dinyatakan.

Susulan kes wanita Cina itu viral di media sosial semalam, pagi tadi JPJ telah mengeluarkan garis panduan pemakaian lelaki dan wanita yang mana memerlukan mereka berpakaian sopan, yang dikongsikan kepada orang awam melalui Twitter dan Facebook rasmi JPJ.



Garis Panduan itu menjelaskan wanita tidak dibenarkan memakai skirt di atas paras lutut, manakala lelaki pula tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan.

Susulan kenyataan Liow Tiong Lai itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana menganggap Presiden MCA itu bersikap berat sebelah dan cuba mempertahankan wanita Cina berkenaan yang sudah terbukti melanggar kod etika pakaian ketika berurusan di kaunter kerajaan.

Netizen juga mendakwa, Liow juga bersikap tidak adil hanya kerana wanita itu berbangsa Cina sedangkan peraturan itu dilaksanakan terhadap orang awam tanpa mengira bangsa. Tidak kurang juga ada yang beranggapan Liow menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri dan mengambil kesempatan di atas kedudukannya sebagai Menteri Pengangkutan Malaysia.



Jika Liow meneruskan siasatan ini, ia akan mencemarkan imej kerajaan dan sekali gus membuktikan pemimpin MCA itu tidak boleh dipercayai.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved