ONEXOX
BannerFans.com

'ORANG SABAH TAK PERNAH HINA SEMENANJUNG'

on Tuesday, June 9, 2015



Sedih dan kecewa dengan tindakan segelintir manusia yang menetap di tanah melayu ini dengan sengaja melemparkan kata-kata kurang ajar terhadap Sabah yang baru-baru ini dilanda gempa bumi.

Golongan manusia cetek akal ini mendakwa, memang patut negeri di bawah bayu itu dilanda gempa bumi kerana banyak kelab-kelab malam dibuka, arak dijual sana sini, maksiat sana sini dan pelbagai lagi tuduhan yang tidak beraras dilemparkan sehingga menguris perasaan dan hati orang Sabah.

Susulan itu, tampil seorang gadis, Azzreen, berasal dari Kedah, meluahkan rasa kesal dan marahnya terhadap golongan berkenaan.

Baca luahan hati Azzreen di bawah:

Ramai yang tanya,

"Azzreen, tak nak balik Kedah dah ke? Bila nak pindah balik semenanjung? Azzreen dah lupa asal usul ke?"

Dah 17 tahun kami menetap di Sabah dan akan terus menetap di Sabah sampai bila-bila, melainkan aku kerja/kahwin dengan orang sana (semenanjung).

Sebab apa?

Sebab kami sekeluarga lagi suka tinggal di sini berbanding semenanjung. Orang-orang di sini jauh berbeza dengan orang-orang semenanjung. Mungkin mereka tidak sekaya orang-orang semenanjung, tetapi mereka kaya dengan sikap toleransi dan bersatu padu walaupun pelbagai bangsa dan etnik.

Orang-orang Sabah tidak pernah pandang hina pada orang-orang semenanjung. Sepanjang 17 tahun membesar di Sabah, kawan-kawan atau jiran-jiran aku yang semuanya orang Sabah tak pernah mengutuk orang-orang semenanjung yang tinggal di Sabah.

Malah mereka menghormati dan sentiasa menerima kehadiran kami di sini. Orang-orang semenanjung yang suka mengutuk agama/bangsa lain. Tetapi di Sabah/Sarawak, mereka sangat menghormati antara satu sama lain.

I'm proud to be part of Sabahan peoples walaupun aku orang kedah dan aku malu dengan orang-orang semenanjung yang suka kutuk-kutuk Sabah dan Sarawak.

Kalau rasa diri itu kaya, beli tiket flight dan datang melancong ke Borneo ini. Tengok sendiri macam mana kehidupan di Sabah dan Sarawak. Jangan jadi orang bodoh sombong yang hanya tahu mengutuk sahaja. Buka sikit minda tu. - Azzreen



BENAR apa yang dicoretkan oleh Azzreen. Namun, imbas kembali ketika bencana banjir di pantai timur semenanjung Malaysia. Ada orang Borneo melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada orang semenanjung?

Orang dari Sabah/Sarawak juga yang banyak turun membantu tak kira dari segi wang ataupun tenaga.

Orang semenanjung, janganlah berbangga dan hidung tinggi hanya kerana tinggal berdekatan dengan KLCC, ramai artis, banyak tempat menarik dan bermacam-macam lagi, memberikan anda lampu hijau untuk menghina negara Sabah dan Sarawak.

Apa yang dirasai oleh negeri-negeri di semenanjung, kebanyakkannya datang dari hasil Sabah dan Sarawak.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved