Pengarah dan pelakon, Diana Johor mengakui tidak lagi mengenakan hijab kerana merasakan belum bersedia untuk berhijrah ke arah itu.
Beliau sebelum ini pernah tampil bertudung dan mendapat reaksi positif daripada peminat-peminatnya.
“Apabila difikirkan semula, saya belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya dan kerana itu mengambil keputusan untuk membuka tudung. Memang ia mengejutkan ahli keluarga, tetapi saya nekad dengan keputusan ini.
“Sampai masanya saya jadi diri sendiri dan tampil dengan gaya yang selesa. Saya tidak mahu buat sesuatu semata-mata memuaskan hati orang lain.
“Soal pakai tudung atau tidak, biarlah antara saya dan Tuhan,” demikian menurut Diana.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment