ONEXOX
BannerFans.com

Bila makan di restoran...

on Monday, June 29, 2015



Saya pernah menceritakan makan di satu restoran dan terasa membayar lebih dari apa yang perlu. Semalam saya terbaca di Facebook ada seorang lagi terkena seperti saya. Dia sempat hantar gambar resit yang dibayar seperti di atas.

Katanya dia datang 15 orang dan diberi 5 meja di mana setiap meja untuk 3 orang. Jika dilihat dari resit setiap meja memesan 7 jenis lauk selain nasi, dessert dan air (fresh orange RM 20 satu jug, mahal beb).

Tetapi tiap meja 3 orang itu memesan 7 jenis lauk untuk makanan 3 orang setiap lauk. Ini bermakna mereka memesan lauk untuk makanan 3 x 7 iaitu 21 orang. Akhirnya bil untuk setiap meja (3 orang) ialah RM 167.50. Bermakna perata seorang berbelanja 167.5/3 iaitu RM 55.83, phew. Seoalah-olah sama seperti berbuka puasa di hotel.

Tetapi jika mereka mengikut apa yang saya buat (setelah sama terkena) mereka sepatutnya memesan 7 jenis lauk untuk makanan 1 orang setiap jenis lauk. Ini menjadikan mereka membayar sejumlah RM 78.50 sahaja untuk satu meja menjadikan mereka berbelanja 78.5/3 iaitu RM 26.16 seorang dan berpatutan.

Buat apa mengutuk restoran itu dan kempen supaya orang lain jangan mengunjunginya jika semua bermula dari silap sendiri?

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved