ONEXOX

PENIPU: Ku Nan atau Mad Hasan?

on Monday, June 29, 2015



1. Sebelum ni Ku Nan koba Pemilihan UMNO ditangguhkan 18 bulan sobab kononnya ia adalah hasrat akar umbi..takdo kono mengono ngan idea MT..

2. Walaupun hampir 22 ribu cawangan UMNO dah bermesyuarat sejak beberapa bulan lepas..tapi takde pulak kedengaran sebarang usul daripado akar umbi untuk menangguhkan Pemilihan UMNO tahun depan. Adakah Ku Nan menipu dan cuba pulak menjadikan akar umbi UMNO sebagai scapegoat?

3. Semalam MBNS aka Mohamad Hasan pulak mengaku dialah yang bawak usul tangguhkan pemilihan UMNO dengan alasan kononnya tidak mahu UMNO berpecah. Ikut celah mana pemilihan akan menyebabkan UMNO berpecah pun tak taulah!! Lagipun Muhyiddin ponah kato dalam PAU lopeh "Saya percaya UMNO tidak akan berpecah sekiranya pemilihan diadakan. Pemimpin UMNO tentunya cukup matang untuk menghadapinya. Pemimpin UMNO mesti meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri dan sekiranya ada yang jadi batu penghalang kepada peremajaan parti, mereka mesti berundur secara terhormat."

4. Namun yang joleh amek ialah Ku Nan sebenarnya MENIPU jika kenyataan Mohamad Hasan semalam diambil kira iaitu usul tangguh pemilihan sebona eh adalah idea anggota MT sendiri dan bukannya hasrat akar umbi sebagaimana yang di dakwa Ku Nan.

5. Najib pulak masa mengumumkan penangguhan..beri alasan sobab nak utamakan rakyat..keperluan rakyat..dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya UMNO lebih mantap bagi menghadapi PRU akan datang. Abih tu selama ni UMNO tak utamakan keperluan rakyat ka?..selama ni buat apa?..shopping?..main golf?..kahwin anak?..songlap bebeliyon 1MDB?

6. Agaknya bagi Najib jika berlaku pemilihan sekarang..barisan kepimpinan baru UMNO tidak akan mampu mengutamakan keperluan rakyat dan tak berkebolehan untuk mengukuhkan parti bagi menghadapi PRU14. Kepimpinan UMNO hari ini lemah serba serbi..hanya Najib saja yang hebat..berdarah pahlawan yang mampu kemudi UMNO..orang lain tak mampu..mungkin itu yang dimaksudkan Najib.

7. Apa pun alasan yang diberi untuk meng'halal'kan jangka hayat jawatan dunia memasing..realiti di bawah hari ini, akar umbi dan rakyat marhaen hanya ketawa sinis..senyum dalam diam..gelak belakang2..sebab rupanya 'pendekar Bugis berdarah pahlawan yang kononnya sangup menempuh gelora badai bla..bla..bla..' hakikatnya seorang penakut..chicken..

8. Najib yang sebelumnya begitu jobor (bolagak dalam bahaso n9) mengatakan yang dia kononnya elected democratically sebagai Presiden dan PM..tapi hakikatnya terpaksa tangguh pemilihan sobab takut dicabar dan hilang jawatan.

9. Mungkin Najib dan punahsihatnya masih tak sedar yang budak sekolah sekarang pun dah buat bidalan "penakut macam Najib". Belum pernah dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia dan bininya jadi bahan lawak rakyat secara terbuka dan berleluasa. Maka tahniahlah Najib sobab dah jadi trend setter..

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved