ONEXOX

Bocor rahsia 1MDB, punca bekas eksekutif IT PetroSaudi ditahan amat mengezutkan rakyat Malaysia

on Tuesday, June 23, 2015



Seorang bekas eksekutif IT PetroSaudi International yang didakwa membocorkan maklumat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah ditahan pasukan polis Thailand.

Xavier Justo ditahan di kepulauan Thai semalam dan dihantar ke Bangkok  hari ini.

“Xavier Justo telah ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Diraja Thai Polis semalam dan didakwa atas cubaan memeras ugut PetroSaudi International (PetroSaudi).

“Banyak komputer, cakera keras dan maklumat lain telah diambil menurut perintah mahkamah dan waran geledah, siasatan masih sedang dijalankan. Sementara itu PetroSaudi International sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang selanjutnya dalam bidang kuasa lain,” lapor Astro Awani yang memetik laporan The Malaysian Insider malam ini.

Jurucakap PetroSaudi berkata: “Kami berasa lega kerana Encik Justo akan dihadapkan ke muka keadilan di mahkamah. Kami telah menjadi mangsa sebuah jenayah yang telah dipolitikkan di Malaysia.

“Kami gembira untuk akhirnya membuktikan perkara yang sebenar dan kami memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia untuk segala masalah yang disebabkan oleh tindakan tidak bertanggungjawab bekas pekerja kami.”

Laporan portal Sarawak Report pada awal Mei lalu mendakwa usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi telah dimulakan oleh seorang ahli perniagaan, Low Taek Jho dan kuncu-kuncunya pada 8 September 2009, tidak sampai sebulan sebelum perjanjian antara dua syarikat tersebut dimeterai.

Susulan itu, pelbagai pihak telah menyeru supaya 1MDB disiasat, termasuk mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved