ONEXOX
BannerFans.com

Denda 10 ekor kerbau kerana boleng di Gunung Kinabalu?

on Thursday, June 11, 2015



Pemimpin suku kaum di Sabah bertegas menuntut kesemua warga asing terlibat berbogel di Gunung Kinabalu untuk memberi 10 ekor kerbau sebagai denda atau akan dipenjarakan selama tiga bulan.

Laporan mStar yang memetik laporan Daily Mail yang menyiarkan kenyataan yang dibuat oleh ketua puak etnik Sabah, Tindarama Aman Sirom Simbuna menegaskan agar kesemua warga asing membayar sogit atau denda yang dikenakan.

“Warga asing yang menaikkan kemarahan roh-roh di puncak Gunung Kinabalu itu perlu didenda di atas kesalahan mereka itu dengan memberi sogit.

“Sogit yang perlu diberikan adalah dalam bentuk 10 ekor kerbau jantan atau betina,” kata Tindarama.

Mirror juga melaporkan, penduduk Sabah merasakan warga asing yang terlibat dalam insiden yang dikatakan menjadi punca gempa bumi yang berlaku itu perlu didenda mengikut adat dan tradisi mereka.

Warga asing berkenaan telah berbogel dan membuang air di atas Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved