ONEXOX
BannerFans.com

‘Jijik Tengok Gambar Anak Sendiri Di Laman Blue’

on Wednesday, June 24, 2015



Pelawak terkenal, Harith Iskander meluahkan rasa jijiknya apabila melihat gambar anak sulungnya yang baru sahaja berusia tiga tahun dimuatnaik di sebuah laman web lucah baru-baru ini.

Suami kepada Jazemine Lim itu hanya menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan oleh Google Alert menerusi emelnya semalam.

“Pada mulanya, saya tidak dapat melihat laman web itu melalui smartphone. Jadi saya terpaksa menggunakan komputer riba untuk melihat laman web tersebut.

“Ternyata ia merupakan laman web lucah kerana ia mempunyai beberapa perkataan seperti porn dan seks. Memang ada gambar saya mendukung anak lelaki saya. Di sebelah gambar bayi itu adalah gambar wanita bogel,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved