ONEXOX
BannerFans.com

Johan As’ari pelik tak boleh selfie 'Done Terawih' selepas solat

on Wednesday, June 24, 2015



Seperti menjadi kebiasaan semasa bulan Ramadhan apabila orang ramai termasuk selebriti berkongsi gambar selfie ketika berada di masjid atau surau dengan kapsyen seperti, “Done Terawih”.

Berikutan itu, Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gandut telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ‘selfie’ selepas terawih baru-baru ini.

Menurut beliau merakam gambar ‘selfie’ selepas terawih dengan niat riak atau ingin menunjuk-nunjuk boleh menghapuskan pahala ibadah yang dilakukan.

Kenyataan dari Nooh Gadut itu turut menarik perhatian pelakon Johan As’ari.

Johan yang khabarnya sedang menuntut ilmu di India meluahkan rasa peliknya kenapa merakam gambar selfie boleh menghapuskan pahala menerusi laman Instagramnya

“Pelik pulak ana (saya) bila tak boleh selfie selepas beribadah kata seorang alim di Malaysia. Hurm.. di sini yang ana post tu rata-rata mereka yang ajak selfie. Mungkin dia beri nasihat takut timbul riak atau dia belum faham apa itu hablumminannas… tak apa lah.. kita husnuzon (bersangka baik),” tulis Johan dipetik Mynewshub.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved