ONEXOX

'KAKAK, TOLONG HANTAR KAMI BALIK MYANMAR'

on Wednesday, June 10, 2015



Bagi yang selalu lepak di kedai makan Seksyen 7, Shah Alam, mesti sudah biasa nampak budak-budak ini. Bergerak dari meja ke meja, meminta derma dan menjual tisu.

Aku biasanya, kalau ternampak budak-budak ini, aku soal banyak-banyak. Tak pun, kalau malas sangat, aku bagi je seringgit dua. Lagi teruk, aku buat tak tahu je.

Masalahnya, mereka ini ramai. bagi seorang, kejap lagi datang lagi seorang. Kita pula, takut duit habis. Kejap lagi nak bayar makanan tak cukup pula. Sadis je rasa! Huh..

Tetapi situasi tadi sangat berbeza. Mereka ini datang, seorang saja yang datang jual tisu.

Aku tak suka nak beli tisu sebab bukan pakai sangat. Kemudian aku tanya, "nak makan?". Dia angguk. Aku pun suruh duduk.

Pada masa itu, aku tak fikir pun kawan aku yang berdua ini. Tetapi ternyata mereka pun bersetuju dengan tindakan ini. (Hahaha).

Al-kisahnya, bila budak itu duduk, datanglah kawan-kawan dia. Kejap lagi ada orang kedai makan itu kata, "budak-budak ini ramai.". Aku dalam hati pada masa itu dah cuak.

"Alamak!? Ramai ke? Mampus nak bayar kejap lagi. Duit ada dua puluh ringgit saja dalam dompet. Ah! Tak apalah, rezeki mereka kot hari ini,"



Aku dengan kawan pesanlah set yang sama seperti aku makan. Tambah nasi. Budak-budak lima orang je. Kami pun borak, diorang kata diorang dari Myanmar, Rohingya. Terus rasa nak bernyanyi 'Selamat Malam Rohingya' tetapi tak jadi sebab siang lagi. (Hehehe)

Kemudian kami berborak bla..bla..bla..Diorang pun kata,

"Kakak, tolonglah hantar Myanmar,"

Oh Tuhan, macam mana aku nak hantar diorang balik Myanmar?

"Kenapa nak balik Myanmar? Sana makan sikit. Tak best duduk sini?" tanya aku.

Mereka mengelengkan kepala, "sini ada polis tangkap. Sana Myanmar tak ada polis. Kakak hantar sana Bangladesh pun tak apa,"

Eh, kenapa pula nak kena hantar ke Bangladesh? Kata asal Myanmar.

"Nanti sana Bangladesh naik bot pergi Myanmar, ada,"

Mereka rindu nak balik ke Myanmar. Aku sedih. Mereka tak ada tempat tinggal pun di sini. Duduk merempat. Serius aku hampir menangis tetapi aku kena control cool. Sampai kami nak balik pun mereka merayu lagi untuk dihantar balik ke Myanmar.

Allah, aku tak mampu nak. Sebab Myanmar itu bukan dekat macam Johor Bharu ke Gombak, boleh naik kereta. Aduh!!

Sedang kami berborak-borak, datang seorang kakak. Dia bagi resit dan dia kata dia dah bayarkan makanan kami semua. Kakak itu pun pergi dengan pantas. Sumpah aku terkedu. Sekali lagi aku nak menangis. Kami bertiga pasang niat nak sedekah untuk anak-anak itu. Rupa-rupanya Allah dah rancang yang lain untuk kami.

Sungguh kami tak merancang semua ini. Semuanya spontan. Sedang aku pun dalam masalah. Entah esok aku hilang punca pendapatan, aku tak tahu. Tetapi apa yang aku tahu, masa aku offer makanan itu cuma nak kongsikan rezeki yang ada sikit ini.

Allahu Rabbi. Rezeki Allah nak bagi di tempat yang kita tak sangka-sangka.

Sebelum ini, selalu berangan orang bayarkan kita makan senyap-senyap. Hari ini dah tertunai. Impian jadi kenyataan.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved