ONEXOX
BannerFans.com

Kenaikan Tol: PM Rasa Bangang Maklumat Bocor

on Friday, June 12, 2015



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan sikap anggota Kabinet yang membocorkan maklumat berhubung isu kenaikan kadar tol seperti yang disebarkan di media sosial.

Mengakui isu berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung Jumaat, Perdana Menteri bagaimanapun berkata, sebarang maklumat berkaitan dengannya masih belum dimuktamadkan.

"Kita ada bincangkan, tapi maklumat lanjut pelaksanaan akan diputuskan dalam beberapa minggu akan datang.

"Jadi apa jua kebocoran yang keluar daripada Kabinet, sebenarnya belum muktamad.

"Malangnya berlaku kebocoran di media sosial...ia sangat-sangat malang kerana ada pihak yang tidak beretika dan mereka telah mengkhianati kepercayaan sebagai anggota kerajaan," katanya di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn pada Jumaat malam.

Sejak petang Jumaat, dilaporkan bahawa kerajaan kini serius memikirkan langkah untuk menaikkan kadar tol sebanyak 30 peratus.

Memetik sumber Kabinet, cadangan kenaikan itu dijangka membabitkan sekurang-kurangnya 16 lebuh raya.

Namun jumlah itu boleh meningkat kepada 19.

Sementara itu Najib yang juga Pengerusi BN berkata, kerajaan akan memberi penghargaan dan bantuan kepada semua pihak yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Ranau baru-baru ini.

Selain bantuan kepada pihak yang terjejas dari segi kerosakan harta benda, Najib berkata, kerajaan juga akan membantu malim gunung yang pendapatan mereka terjejas akibat penutupan Taman Kinabalu dalam masa tiga bulan.

"Kita juga akan beri anugerah kepada mereka yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa gempa bumi ini termasuk malim-malim gunung, polis, anggota bomba dan lain-lain lagi selain daripada mereka yang terkorban," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved