ONEXOX
BannerFans.com

Lihat Juaseh Pekan membesar depan mata

on Tuesday, June 9, 2015



BERJAYA memajukan kawasan tanah terbiar kepada tanaman sawah padi antara pengalaman manis yang tidak akan dilupakan seorang bekas tentera ketika beliau menjawat jawatan pengerusi jawatan kuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Malah hasil usaha bersama penduduk kampung, Abdul Aziz Chulan, 76, yang pernah menjadi pengerusi JKKK Juaseh selama 31 tahun itu masih dapat dilihat sehingga kini.

Menurut Abdul Aziz, tanah seluas kira-kira 24 hektar di Juaseh itu dahulu dimajukan selepas mendapati penduduk kampung tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.

"Selaku ketua kampung ketika itu, saya perlu melakukan sesuatu untuk sumber pendapatan orang kampung.

"Akhirnya, sebidang tanah seluas 60 ekar telah dimajukan sebagai tanaman sawah padi sehingga kini. Alhamdulillah, usaha semua pihak, penduduk kampung memiliki pendapatan tetap setiap tahun,” katanya.

Abdul Aziz turut berjaya memimpin 4,000 penduduk kampung dan taman perumahan di bawah naungan JKKK Juasseh Pekan sehingga khidmatnya secara rasmi berakhir pada 31 April lalu.

"Selepas bersara daripada tentera pada 31 Ogos 1980 saya pulang ke kampung untuk berbakti kepada masyarakat dan menjadi pengerusi JKKK sejak 1984.

"Selama memegang jawatan ketua kampung, saya sudah merasai kepimpinan lima wakil rakyat di Dun Juasseh dan pelbagai pengalaman ditimba, dari sekecil-kecil tugas sehingga dilantik sebagai Pengerusi Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Dun Juasseh pada Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.

Menurutnya, pembangunan juga jauh berbeza daripada dahulu apabila jalan kampung itu masih bertanah merah, balai raya tidak sempurna, dan deretan kedai berdindingkan kayu.

"Kini semuanya telah sempurna, jalan telah bertar, balai raya cantik termasuk pembinaan premis perniagaan merancakkan lagi Juasseh Pekan. Juasseh Pekan ‘membesar’ di mata saya," katanya.

Abdul Aziz berkata, walaupun telah ‘berpencen’ sebagai pemimpin kampung tetapi keinginan untuk berbakti kepada masyarakat masih segar dalam jiwanya.

“Saya berkhidmat sebagai Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Juasseh Pekan dan Panel Kesihatan Juasseh. Sehinggakan RT Juasseh Pekan pernah memenangi Anugerah Kualiti Kebangsaan 2006 kategori ekonomi," katanya .

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved