ONEXOX

MAKLUMBALAS PUSAT ZAKAT NS KISAH SAUDARA ROSLI HAMID

on Wednesday, June 24, 2015



► Pihak kami ingin merujuk kepada dua artikel bertajuk ‘Berpanas Berhujan Demi Anak ‘ yang disiarkan di Harian Metro bertarikh 21 Jun 2015 dan artikel di laman sesawang Astro Awani bertarikh 22 Jun 2015 bertajuk ‘Tunggu Zakat : Ketua Kampung Pun Tak Layan Saya ..’

► Pihak kami tampil untuk memberi maklumbalas sebenar mengenai isu ini . Menurut rekod dari pihak Baitulmal MAINS , Saudara Rosli bin Hamid sebenarnya telah mendapat bantuan secara berterusan sehinggalah bantuan yang telah di berikan kepada beliau telah lulus pada Disember 2014. Jumlah keseluruhan dana zakat yang telah di beri kepada beliau ialah sebanyak RM 6,440 . Bantuan yang terbaru adalah pada Januari tahun ini di mana beliau juga telah di berikan bantuan persekolahan untuk anak-anaknya. Beliau juga telah mendapat bantuan setiap bulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 300 sebulan.

► Bagi menjawab laporan media tersebut , punca sebenar beliau tidak mendapat bantuan zakat sejak kebelakangan ini adalah kerana beliau telah beberapa kali berpindah randah serta beliau tidak memberikan nombor akaun bank untuk memudahkan kemasukan bantuan zakat. Pihak Baitulmal juga tidak dapat mengesan di mana beliau berada. Untuk makluman semua, pegawai Baitulmal pernah mengunjungi alamat terakhir beliau di No 22 , Kampung Mampas Terachi , Kuala Pilah tetapi di dapati beliau tidak tinggal lagi di rumah tersebut sehinggalah artikel mengenai beliau telah keluar di laman sesawang Astro Awani yang mana beliau kini telah tinggal di Kampung Ayer Itam , Kuala Pilah.

► Setelah mengetahui lokasi beliau pihak Baitulmal akan berkunjung ke rumah beliau pada hari ini (23 Jun 2015) dan memberikan bantuan segera sebanyak RM 500, bantuan makanan asas, bantuan basikal untuk anaknya dan juga bantuan fakir miskin kepada beliau akan di teruskan seperti biasa.

► Pihak Baitulmal MAINS sentiasa prihatin dengan masalah fakir miskin di seluruh Negeri Sembilan. Maklumat daripada masyarakat amat penting bagi kami untuk menyalurkan dana zakat kepada mereka yang berhak. Adalah penting bagi asnaf fakir dan miskin untuk memaklumkan kepada pihak Baitulmal sekiranya mereka berpindah ke lokasi lain agar para pegawai Baitulmal dapat terus mengunjungi mereka dan memberi bantuan yang konsisten dari semasa ke semasa

►Semoga Allah SWT dapat memberikan kekuatan kepada petugas institusi zakat untuk menyempurnakan amanah untuk menguruskan keperluan bantuan asnaf dan semoga Allah memberikan kekuatan kepada para asnaf untuk berubah kepada kehidupan yang lebih baik dari samaada dari segi fizikal dan rohani

www.zakatns.com.my
1-800-88-7771

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Nisa Cun said...

phone sex, chat sex? web cam ready!
add me https://www.facebook.com/nisacun


June 24, 2015 at 10:51 PM

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved