ONEXOX
BannerFans.com

MR. DIY JUAL BERUS BABI?

on Friday, June 5, 2015



Seorang pengguna Facebook, memuat naik beberapa gambar yang mendakwa kedai DIY popular di negara ini menjual produk berus pencuci botol susu kanak-kanak diperbuat dari bulu babi.

"Ini adalah salah satu produk berus yang dijual di Mr DIY. Berus adalah dibuat dari bulu babi. Maksud 'cerdo' dalam bahasa Sepanyol.

"Dulu saya pernah hampir membeli berus ini tetapi bila sampai di kaunter, ada cashier perempuan muslim yang bertanggungjawab memberitahu hal ini. Namun, ada berapa ramai cashier Mr DIY yang bertanggungjawab macam dia?

"Yang lebih menjijikkan, bila pihak pengurusan DIY memadamkan dengan marker hitam material berus dalam bahasa english.

"Biadap punya peniaga. Siap padam dengan marker lagi," katanya.





Sememangnya barangan keperluan seperti ini biasa dijual dengan harga murah di premis ' seperti Mr. DIY. Tetapi barangan yang dijual biasanya datang dari luar negara. Yang juga tidak diketahui asal usul bahan yang digunakan.

Nasihat kami, pengguna perlu rajin membaca label yang tertera pada kotak produk. Tambahan, tidak menjadi masalah untuk memeriksa maklumat barangan yang dibeli kerana hampir 89% pengguna di Malaysia mampu memiliki smartphone yang boleh melayari internet bila-bila masa.

Pendedahan ini mungkin sudah lama, namun wajar para ibu bapa di luar sana mengambil langkah berhati-hati agar tidak terbeli barangan yang diperbuat dari bahan/binatang haram.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved