ONEXOX
BannerFans.com

Najib jadi cemuhan di Facebook selepas beri alasan tidak hadir dialog

on Saturday, June 6, 2015



Pengguna laman sosial melontarkan rasa tidak puas hati kepada Datuk Seri Najib Razak dan mencemuh beliau pada statusnya di Facebook dengan memberi alasan tidak hadir program dialog yang dibatalkan pagi tadi.

Perdana menteri yang dijadualkan hadir dalam program pagi tadi gagal hadir atas alasan faktor keselamatan, malah pihak polis juga mematikan mikrofon Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang berucap atas pentas.

Najib dalam status akaun Facebook menulis: "Saya sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat.

"Apapun perjumpaan dan dialog tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah pada kita semua. Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama."

Bagaimanapun, pengguna laman sosial itu mencemuh Najib dengan pelbagai kritikan, rata-rata memerli kenyataan "pahlawan" yang dibuat oleh beliau semasa di Sarawak tempoh hari.

"Jibby2..drah pahlawan ke darah dara perawan?" kata seorang pengguna Facebook, Engr R Effendy.

Seorang lagi pengguna Facebook mencemuh Najib dengan mengatakan seorang pahlawan tidak akan mengakui dirinya sebagai pahlawan sehingga terbukti kepahlawanannya.

"Pahlawan tak menggelarkan dirinya pahlawan...," kata pengguna Facebook Archer Law.

Sementara itu seorang lagi pengguna Facebook, Khairul Fauzi Hj Muhammud pula membandingkan Najib dengan lima pahlawan terbilang Melayu yang terkenal.

"Dalam sejarah melayu, ada 5 pahlawan Tetapi daripada lima pahlawan , HANG TUAH,HANG JEBAT,HANG LEKIR,HANG LEKIU ada satu masih tinggal. Iaitu HANG PI MANA NAJIB?" kata Khairul.

Setakat artikel ini ditulis, hampir 3 ribu lebih komen daripada orang ramai di mana rata-ratanya melahirkan rasa tidak puas hati kepada Najib

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved