ONEXOX
BannerFans.com

Nazmi Tampil Minta Maaf Kerana Meludah Merata-Rata

on Monday, June 1, 2015



Berikutan insiden meludah seorang pemain dari Timur Leste baru-baru ini, pemain tengah skuad Sukan SEA negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tampil meminta maaf dan mengaku tindakannya itu kurang bijak.

Dalam aksi yang menyaksikan pasukan Malaysia menang tipis keatas Timur Leste itu, pasukan kebangsaan berentap dengan hanya 10 pemain apabila Nazmi dilayangkan kad merah akibat dari tindakannya.

"Saya memohon maaf kepada semua termasuk jurulatih dan rakan-rakan kerana menyusahkan seluruh pasukan serta membuatkan mereka terpaksa bekerja keras ekoran kekurangan pemain," memetik satu laporan dari Kosmo!.

Menurut Nazmi lagi, dia dan Oliveiera berada dalam situasi bola 50-50 ketika itu dan pemain dari Timur Leste itu cuba menyiku dan menumbuknya.

"Benda tu (meludah) berlaku secara spontan dan tidak mengenai dia (Oliviera). Kalau betul-betul mahu melakukannya sudah pasti saya akan meludah ke mukanya tetapi tindakan saya itu dilihat oleh pengadil keempat," katanyanya lagi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved