ONEXOX

PUNCA SABAH DILANDA GEMPA BUMI 6.0 SEKALA RICHTER TERJAWAP

on Thursday, June 4, 2015



KOTA KINABALU - Penduduk Sabah pagi ini dikejutkan dengan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 sekala richter yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau pada jam 7.15 pagi tadi.

Gempa bumi yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.

Akibat kejadian itu, beberapa premis perniagaan mengalami keretakan bangunan, cermin pecah dan barang-barang premis berterabur.

Manakala di Kota Kinabalu pula, penduduk di bangunan apartmen, serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan bangunan serta merta.

Gegaran itu juga turut dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pendalaman Sabah selain turut dirasai di bahagian Sandakan.

Lapor Berita Harian, Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan  yang mengalami kerosakan berikutan keduduk yang paling hampir dengan pusat gempa.

Sementara itu di media sosial pula, netizen menganggap kejadian itu adalah balasan perbuatan beberapa pelancong asing yang berbogel di Gunung Kinabalu, baru-baru ini.

















Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved