ONEXOX

'SAMPAI HATI KAU TIPU AKU RAHMAN!'

on Thursday, June 18, 2015

Malang nasib seorang wanita diperdaya oleh seorang lelaki 'tall, bright, not really handsome'. Kejadian berlaku pada 17 Jun, kelmarin di mana mangsa mengalami kerugian wang tunai dek lelaki ini.



Lelaki yang berperwatakan baik, kelihatan sopan santun ini adalah manusia bertopengkan syaitan.

Dia berkenalan dengan sahabat saya, berkawan dan menunjukkan keikhlasan untuk berkahwin. Lalu dia berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga mangsa, sebelum melarikan wang tunai serta gelang emas milik mangsa.

Dia bawa sahabat saya ke pusat beli-belah Mid Valley. Konon-kononnya nak membeli barang kemas untuk hantaran merisik. Dia buat helah suruh sahabat saya buka gelang emas dan letak di dalam handbag, tinggalkan semua itu di dalam keretanya.

Di dalam handbag itu ada purse yang berisi wang tunai sebanyak RM1,000+ bersama dengan beberapa dokumen penting yang lain..

Lelaki itu membawa mangsa ke Coffee Bean, namun mangsa disuruh menunggu lelaki itu seketika kerana dia hendak menjemput kakaknya yang juga berada di Mid Valley.

Malangnya lelaki itu terus lesap dan tidak muncul lagi selepas itu. Telefon bimbit pula dimatikan.



Jumlah kerugian tidaklah banyak mana dan alhamdulillah sahabat saya tidak diapa-apakan. Cuma terkilan, sampainya hati lelaki itu memainkan perasaan orang tua yang berharap sangat untuk melihat anak perempuan mereka berkahwin.

Sahabat saya bukan orang senang, mak dan ayahnya sudah tua dan tidak sihat. Tak kasihan ke tengok orang tua itu? Kau tak ada mak bapak ke apa?

Dari gaya percakapan dan bahasa badan yang natural, saya yakin ini memang kerja full time atau part time dia.

Sebarkan, agar tiada lagi wanita serta ibu bapa mereka kecewa kerana tertipu dengan makhluk ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved