ONEXOX
BannerFans.com

'SAYA BACKING NAJIB, SAYA PULA KENA PANGGIL'

on Monday, June 15, 2015



KUALA LUMPUR - "Saya seorang yang berpegang pada undang-undang dan akan berdepan undang-undang. Setakat ini saya tidak dipanggil, belum dipanggil lagi," kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengeluarkan kenyataan tak cerdik terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ).

Nazri melahirkan rasa kecewanya apabila tindakannya itu mengundang siasatan polis.

"Semua orang perlu tahu yang kerabat diraja lebih tinggi daripada politik dan tidak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Apabila TMJ serang Najib, tiada apa yang boleh dilakukan terhadapnya kerana beliau dilindungi oleh Akta Hasutan.

"Tetapi apabila saya mempertahankan Najib, saya pula kena panggil. Sekarang kita tahulah padangnya tidak sama rata," katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu sebelum ini mengeluarkan kenyataan agar tidak mencampuri urusan politik. Bagaimanapun mengundang reaksi sinis dari TMJ dan siasatan polis.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved