ONEXOX
BannerFans.com

SAYU. RINGGIT JATUH KERANA SERANGAN TUN DR MAHATHIR

on Sunday, June 14, 2015



PONTIAN - Datuk Ahmad Maslan yang baru saja berkongsikan resepi nasi goreng manga ridsectnya hari ini meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti dari menyerang Datuk Seri Najib kerana tindakan itu membawa kesan negatif terhadap ekonomi negara.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, 15 perkara yang telah dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini, telah dijawab oleh Perdana Menteri.

“Seperti mana yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Aziz, ekonomi negara masih berada pada asas-asas yang betul berdasarkan pada rizab yang kukuh, ekonomi berkembang de-ngan positif, inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

“Namun isu serangan yang dilakukan oleh Dr. Mahatir ditambah dengan sokongan pihak tertentu turut dikatakan menjadi faktor kepada penyusutan ringgit ketika ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian menegaskan, Najib tidak akan sesekali meletak jawatan hanya kerana diminta oleh Tun Dr Mahathir.

“Rakyat akhirnya akan tahu apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya telah menjatuhkan imej dan maruah negara di mata dunia,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved