ONEXOX

'SIAPA HAMLAU NI?'

on Monday, June 1, 2015



PUTRAJAYA - Seorang individu memuat naik gambar Menteri Pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz dengan teguran mengenai pakaian beliau yang dilihat tidak mengikut protokol.

"Kegagalan memahami atau saja-saja buat tak paham protokol dan etiket majlis rasmi? Janganlah pakai seghopa nak melancong dalam majlis rasmi. Mohon PA Menteri Pelancongan terasa,"

Tindakan Suhairi Sujairi itu mendapat perhatian dari anak menteri terbabit, Nedim.

Nedim yang dikenali sebagai kekasih Nora Danish itu terus memaklumkan kepada bapanya ketika makan tengah hari bersama.

Melalui akaun Instagram Nedim, Nazri menyelar kenyataan bodoh sombong Suhairi itu.

"Siapa dia ni nak comment pasal my dressing? Siapa budak ni? Aku daripada dulu macam ni pun. Rakyat dah pilih aku 5 penggal pilihan raya, tak pernah kalah.

"Kalau hamlau ini rasa dia bagus sangat, tak payah cakap banyak. Aku tunggu dia di Padang Rengas untuk pilihan raya yang ke-14 ini. Kita tengok Padang Rengas nak dia atau aku?," katanya disertakan sekali dengan emoticon ketawa sampai mengalir air mata.

"Dan tak payah nak comment aku sombong. Aku memang sombong dengan orang macam ni! Peduli apa saya nak pakai apa. Semua orang tau saya sempoi, jangan telan-jang sudah," katanya.

Itulah bahana menegur orang tanpa menyelidik terlebih dahulu. Harap teguran menteri berkenaan menjadi pengajaran kepada Suhairi.

Barulah kami sedar apa kegunaan Nedim selaku pegawai khas bapanya sendiri

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved