ONEXOX
BannerFans.com

Tak Suka Boss, Boss Tak Perlu Pergi, You Pergi – MB N.Sembilan

on Monday, June 1, 2015



MENTERI Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan menyatakan sokongannya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak apabila berkata, mana-mana pihak yang tidak setuju dengan Perdana Menteri haruslah meletak jawatan.

Berdasarkan satu video yang dimuat naik portal MyKMU.net, Mohamad Hassan menegaskan andai seseorang tidak menyukai majikannya dalam sesuatu organisasi, mereka tidak harus meminta majikan tersebut berhenti tetapi mereka sendiri patut ‘pergi’.

Ujar beliau dalam video berdurasi 0.44 saat itu, “Di dalam dunia ini, ada dua sahaja you tak boleh pilih. Satu, ibu bapa you tak boleh pilihlah kan? Nombor dua, boss.

“Kalau you tak suka boss, boss tak perlu pergi, you pergi.”

Sebelum ini portal Malaysia-Today.net melaporkan, Najib ketika mesyuarat kabinet pada Jumaat lalu telah memberi kata dua kepada menteri-menteri supaya melepaskan jawatan sendainya mereka tidak menyokong kepimpinannya.

Walau bagaimanapun, tiada menteri yang bertindak menyahut seruan tersebut, lantas menunjukkan Najib terus mendapat sokongan daripada kabinetnya.

Kenyataan Dari Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan





Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved