ONEXOX

Wanita Cun Melecun Yang Berpakaian Seksi Dan Mencolok Mata Sepanjang Ramadan Akan Didenda RM2000 - JAIP

on Wednesday, June 24, 2015



KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah mengeluarkan amaran kepada wanita Islam di negeri berkenaan supaya tidak berpakaian mencolok mata sepanjang bulan Ramadan termasuk berpakaian terlalu pendek atau ketat.

Memetik laporan Malaysian Digest, bagi mereka yang ingkat dengan arahan tersebut, mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000.

Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pihak Jaip yang melakukan rondaan di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaan yang tidak sopan dan tidak sesuai.

“Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini.

“Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” katanya.

Tambah Anis, JAIP tidak meletakkan sebarang ketetapan dalam etika berpakaian secara sopan.

“JAIP tidak bleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain.

"Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan," katanya.

Bagi mereka yang kali pertama ditahan oleh JAIP akan diberikan sesi kaunseling dahulu, tetapi sekiranya mereka mengulangi kesalahan berkenaan baru boleh dikenakan tindakan denda atau penjara.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved