ONEXOX
BannerFans.com

'Adakan perlawanan tinju antara saya dan Nazri' - TMJ

on Wednesday, July 1, 2015



Perang “jauh-jauh” antara TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz masih berterusan.

Kata TMJ:

“Saya ada baca kenyataan dia bahawa “orang ramai suka saya kerana saya seperti bintang Hollywood, kaya, berkuasa, kacak”.

Nak Betul-betul JIMATKAN Kos Panggilan Anda?? Sila Klik!!
“Kaya, ya. Berkuasa, mungkin. Kacak, tidak. Kamu boleh tulis begitu, saya tidak kisah.

“Semua ini tunjukkan betapa sombongnya kamu. Tong kosong memang bunyi bising. Itu pesan Ayahanda saya.”

Balas Nazri;

“Pertama sekali saya gembira beliau berkata demikian. Jika tidak, saya terpaksa mempersoalkan seksualitinya.

“Jika seorang lelaki kata lelaki lain kacak, maka kita perlu mempersoalkan seksualitinya, saya tidak mahu mempersoalkan seksualitinya.”

Seterusnya TMJ nak tamatkan isu berkenaan.

“Buat masa ini, biarlah kita tamatkan isu berkenaan saya dan Datuk Nazri, kerana ianya tidak ke mana, dan secara jujurnya, saya pun sudah bosan dengan hal ini.

“Kalau anda mahu ianya lebih menarik, boleh diadakan satu perlawanan tinju antara saya dan Datuk Nazri, dan hasil kutipannya boleh disalurkan untuk tujuan amal…SAYA HANYA BERGURAU,” katanya menerusi catatan Facebook Johor Southern Tiger.

“Saya akan terus bersuara demi rakyat dan kepentingan negeri saya. Sekiranya terdapat apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya akan memaklumkannya kelak,” katanya menerusi catatan Facebook Johor Southern Tiger.

Kita dengarlah lagi apa kata Nazri pula selepas ini, perang jauh-jauh antara mereka. Kalau berdepan Nazri dah cium tangan TMJ tu!!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved