ONEXOX
BannerFans.com

SAYU. TANDAS CANGKUNG PUNCA KESIHATAN ANWAR MEROSOT

on Wednesday, July 1, 2015



KUALA LUMPUR -  Kesihatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin teruk dan membimbangkan kerana dinafikan akses kepada rawatan yang diperlukan, dakwa peguamnya.

Justeru, pasukan peguamnya menyarankan Anwar dipindahkan dengan segera ke tahanan kediaman agar beliau dibenarkan mendapatkan rawatan perubatan dari doktor peribadinya.

Menurut Sivarasa Rasiah, selagi tidak dipindahkan, kezaliman terhadap Anwar Ibrahim akan berterusan.

"Masyarakat antarabangsa sepatutnya risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk. Bertambah teruk lagi Anwar dinafikan akses kepada rawatan dan kemudahan semenjak dimasukkan ke dalam penjara.

Sivarasah yang juga Naib Presiden PKR itu berkata, sel yang menempatkan Anwar juga menjadi salah satu punca kesihatannya semakin teruk.

"Anwar ditempatkan dalam kurungan bersendirian dalam satu sel kosong dengan baldi untuk mandi, tandas cangkung dan dalam keadaan panas serta lembab dengan pengudaraan yang minimum menyebabkan kesihatannya bertambah teruk.

"Bukan itu saja, Anwar juga tidak dibenarkan bertemu dengan keluarganya terlalu kerap sungguhpun doktor mengesyorkan beliau dibenarkan bertemu dengan keluarga setiap minggu. Malah pertemuan dengan para peguam juga turut dinafikan.



Sementara itu, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melalui laman Twitternya berkata, beliau mengambil maklum mengenai kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved