ONEXOX
BannerFans.com

Harga RON95 Sepatutnya Dinaikkan Sebanyak 20 Sen Seliter - Khairy

on Friday, July 3, 2015



SIK: Kerajaan sepatutnya menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen namun kerajaan memutuskan hanya menaikkan minyak sebanyak 10 sen.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan terpaksa mengeluarkan sebanyak RM100 jura sebagai subsidi bagi menampun lebihan 10 sen tersebut.

"Harga minyak RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter baru-baru ini, tetapi kerajaan hanya menaikkannya sebanyak 10 sen seliter," katanya.

Dengan kenaikan yang dilakukan kerajaan itu, akan membari pulangan hasil dan penjimatan kepada kerajaan di mana ia akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kemudahan rakyat.

"Konsepnya sama dengan GST di mana kerajaan akan menyalurkan hasil pendapatan cukai itu kepada projek-projek demi kepentingan rakyat."

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyalurkan pendapatan daripada kutipan GST itu untuk usaha-usaha mensejahterakan kehidupan rakyat," katanya lagi.

Negara tidak dapat mengawal kenaikan harga minyak semasa kerana pasaran terbuka yang digunapakai sekarang ditentukan oleh pasaran antarabangsa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

aku tak faham apa ko cakap, bukan ke ron 95 dah tak de subsidi, ini ada pulak subsidi! mana satu betulnya.


July 3, 2015 at 10:39 PM
Anonymous said...

kalau nak bagi bantuan kena bagi pada semua. jangan sebahagian orang yg terima. pembayar cukai dari semua golongan.


July 4, 2015 at 12:09 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved