ONEXOX

PUNCA SUSU SOYA PERISA TIKUS TERJAWAP

on Friday, July 3, 2015



Seorang lelaki memuat naik beberapa gambar penemuan bangkai tikus dalam minuman kotak yang dibelinya.

Azmi Ayuyu, berkata, air susu soya jenama Drinho itu diminum oleh adik iparnya yang tengah sarat mengandung.

"Dia minum air soya sehingga habis. Bila dah habis, tiba-tiba di dalam kotak itu rasa macam ada sesuatu.

"Dia koyakkan kotak itu dan terjumpa bangkai tikus. Siapalah yang sanggup buang anak dalam kotak susu soya?" katanya.

Difahamkan, adik iparnya mengalami cirit birit dan juga telah pergi mendapatkan rawatan di klinik.

Bagaimanapun menurut doktor klinik berkenaan, adik iparnya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Doktor juga menyarankan tunggu dalam dua tiga hari dan datang kembali untuk pemeriksaan.

Gambar-gambar yang dikongiskan oleh Azmi itu telah mendapat perkongsian sebanyak 7,562 di laman Facebook. Bagaimanapun, ada segelintir netizen mempertikaikan penemuan itu berikutan bangkai tikus itu kelihatan baru saja mati.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

elok pulak rupa bangkai tikus tu dok terendam dlm air soya tu lama-lama...


July 5, 2015 at 9:51 PM

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved