ONEXOX
BannerFans.com

'KAMI MAHU PERDANA MENTERI DITUKAR, BUKAN TPM!' - SUARA RAKYAT MALAYSIA

on Tuesday, July 28, 2015



Demikian reaksi dan desakan netizen di laman media sosial yang berang dengan pengumuman barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Ramai netizen yang ternyata berang dengan pengumuman itu kerana menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dakwa mereka, pengguguran Muhyiddin itu terpaksa dilakukan gara-gara ucapan kontroversinya Ahad lalu.

Dalam ucapan itu, Muhyiddin menyatakan bahawa beliau tidak faham apa yang sedang berlaku dengan 1MDB. Dalam pada masa yang sama, beliau juga turut meminta agar ahli-ahli UMNO tidak terus menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tindakan itu hanya akan mendatangkan kesan negatif kepada Barisan Nasional.

Disebabkan kenyataan Muhyiddin yang dilihat lebih banyak membela Tun Dr Mahathir menyebabkan Najib terpaksa menggugurkannya. Dakwa netizen, jika Tan Sri Muhyiddin Yassin terus dibiarkan membuat kenyataan mengenai 1MDB, ia akan memberikan imej buruk terhadap kepimpinannya.

Di laman media sosial, netizen berpesan kepada orang ramai agar memberitahu kepada anak-anak mereka bahawa Malaysia tidak pernah ada Perdana Menteri yang bernama Najib Razak.

"Berpesanlah pada anak-anak kelak, Malaysia tidak pernah ada Perdana Menteri bernama Najib Razak," - Hamba Nya.

"Apa kata UMNO Johor? Masih nak sokong Najib dan pasukan bodohnya? Ghani Patail pun dia dah singkirkan. Doomsday untuk Najib dan sekutunya," Yasir Said.

"Sudah dijangkakan dari awal. Sesiapa yang melawan mesti akan disingkirkan. Pandai jilat, naik pangkat," - Rozaimi Bin Hj Othman

Menurut sumber, gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diturunkan di Pejabat Perdana Menteri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

saya akan keluar dari umno


July 28, 2015 at 5:55 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved