ONEXOX
BannerFans.com

KASIHAN MAT MASLAN. BERAPA RAMAI DAH KONGSI KENYATAAN FITNAH INI?

on Wednesday, July 1, 2015



PUTRAJAYA - Tersebarnya gambar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa rakyat tidak terkesan dengan pengumuman kenaikan petrol RON95 sebanyak 10 sen semalam.

"Minyak naik RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban dimana?!"

Screenshot kenyataan itu tersebar di laman sosial dan disebarkan lagi oleh blogger media-info-semasa.blogspot.com yang menyenaraikan 5 sebab Ahli Parlimen Pontian itu patut meletak jawatan.

Akibatnya, Timbalan Menteri Kewangan itu dikritik habis-habisan di laman sosial tanpa henti dan laman-laman sosial milik beliau juga diserang oleh netizen.

Malangnya, ramai yang berkongsikan berita itu tanpa menyelidik kesahihan kenyataan itu terlebih dahulu.

Kenyataan itu sebenarnya dikeluarkan oleh pihak pengendali page 'troll' Ahmad Maslan pada 1 Jun yang lalu. Jika dilihat pada 'timeline' page berkenaan, pengendali laman itu kerap memuat naik status-status yang berniat memburukkan Ahmad Maslan.

Laman Facebook page Ahmad Maslan yang sebenar mempunyai 15,000+ likers berbanding page troll tadi yang hanya mempunyai 445 likers.

AHMAD MASLAN FAKE: https://goo.gl/JszpHM
AHMAD MASLAN ORIGINAL: https://goo.gl/ejLm9k

Kesannya, Datuk Ahmad Maslan menerima banyak pahala dimaki oleh netizen-netizen yang kononnya berpuasa tetapi memaki hamun orang tanpa menyelidik kesahihan sesebuah berita terlebih dahulu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Orang yg kaya pergi KFC, sama seperti awak yg tak kisah minyak nak naik berapa RM pon. Kami, orang miskin tak pernah masuk KFC, kami rasa Kerajaan BN zalimi rakyat. Sudah miskin, "disapu" duit kami dari 360 darjah, takde peluang untuk kami simpan duit. MARCOS MALAYSIA!


July 1, 2015 at 4:58 PM
Anonymous said...

....hati yg jernih akan menjernihkan keadaan...berilah kepercayaan kpd kerajaan utk urus Negara...jgn menyulitkan keadaan.,.org mukmin itu menyelesaikan masalah bukan menambahkn masalah....mereka memepunyai sbb yg kukuh berbanding kita yg hanya menerima keputusan..urus persepsi negative anda..mengeluh dibenarkn mengatakn kerajaan ZALIM adalah sesuatu yg berat...pelabur luar & pendatang asing ramai dtg ke Malaysia..adakah sbb minyak mahal????


July 1, 2015 at 5:31 PM
Anonymous said...

dik non : dh 58 tahun raykat malaysia bg peluang pd kerajaan BN memerintah tp ape y rakyat dpt??pemerintahan najib paling teruk skali dlm sejarah malaysia..abis duit rakyat di sapu nye..semua org tahu..smpai bl kt nk bg pleuang pd mrk??smpai malaysia tergadai??agak2 laa bro..kot2 malaysia tergadai najib n the geng nk ke tlg ko??ntah2 depa semua dh lari duk luar ngra y tggl rakyat miskin y xde jet,xde rumah mahal kat luar ngra nk lari...ni bkn soal persepsi negetif tp inilah hakikatnya...dh mmg teruk dh skrg ni...ko mungkin x rs sbb duit gaji ko lbh dr cukup tp cb kt tgk kehidupan rkyt y jauh lg ssh..ckp tu jgn ikut keadaan ko y senang tp tgk pd keseluruhan rakyat malaysia bro..dh mmg kerajaan zalim.sblm PRU berjnji bkn main kate x naik hrga tol laa,minyak laa tp bl dh menang tiap2 bln asik naik je..brg pun hrga makin hari naik xde pun satu y turun..xlme lg tol pulak naik..pikir laa..kot yee pun ko back up kerajaan tgk laa ape y kerajaan dh buat..klu btl nk tlg rakyat turun hrga brg,naik kan gaji penjawat awam bkn naik kan elaun menteri kabinet...adoiii..ssh berckp dgn macai bn ni...y buruk pn ttp pndg baik..y buruk tu ttp buruk bro mmg ptt di tegur..klu baik mmg di sokong..


July 1, 2015 at 6:15 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved