ONEXOX
BannerFans.com

Kes Low Yat: Penganggur tidak mengaku mencuri

on Monday, July 13, 2015



KUALA LUMPUR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi terhadap pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat.

Tertuduh, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nur Aminahtul Mardiah Mohd Nor.

Mengikut kertas pertuduhan, Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit jenis Lenovo S860 di Techasia Boutique Lot UG K021  UG Floor Plaza Low Yat di Bukit Bintang, jam 4.47 petang 11 Julai lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 10 tahun dan boleh denda jika sabit  kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Shaharudin Ali memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3000 atas alasan tertuduh perlu menjaga kedua ibu bapanya yang bisu dan berhasrat menyambut hari raya bersama kedua ibu bapanya.

Mahkamah membenarkan Shahrul Anuar diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Ogos untuk sebutan kes.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved