ONEXOX

“#Kipidap Ayah banyak menyelamatkan orang ramai.” - Ayah Rani Kulop

on Wednesday, July 1, 2015



“#Kipidap Ayah banyak menyelamatkan orang ramai.”

Itu respon dari Abdul Rani Kulup mengulas tweet Azwan Ali yang memohon maaf setelah diberi amaran oleh Rani Kulup.

Abdul Rani yang terkenal dengan panggilan ayah atau ayahanda turut memuji apa yang dilakukan oleh pengacara kontroversi itu.

“Tahniah dan syabas kepada Azwan Ali kerana menjadi seorang yang hebat kerana sanggup meminta maaf kepada orang ramai di atas perbuatannya itu.

“Saya memang memberi amaran kepadanya untuk meminta maaf dalam masa seminggu tetapi tidak sampai seminggu beliau sudah tampil memohon maaf,” katanya memetik laporan TheRakyatPost.

Rani Kulup juga berharap agar Azwan Ali kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi membuat sebarang kontroversi hari mendatang.

“Jangan pandang Ayah biasa-biasa sahaja, walaupun Ayah lemah dari segi akademik tapi Ayah ‘power’ dalam menyelamatkan hubungan sesama manusia.

“Siapa yang sahut cabaran Ayah, dia sangat hebat!

“Tindakan memohon maaf itu menunjukan Azwan Ali menghormati perjuangan Ayah untuk menjaga kedamaian sesama manusia,” katanya lagi.

Sebelum ini Azwan Ali membuat permohonan maaf di Twitter setelah dicabar oleh Rani Kulup untuk berbuat sedemikian.

“Bila Ayah cabar Azwan Ali? Tak jadi masalah. Bersaksikan lebih 82,500 followers (pengikut), saya Azwan Ali meminta maaf jika ada pihak yang terus tersingggung! Azwan Ali seorang yang hormat orang tua seperti ayah.”

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved