ONEXOX
BannerFans.com

'KITA TAK PAYAHLAH BALIK KAMPUNG, DUIT TAK CUKUP'

on Friday, July 17, 2015



Semalam, ada pelanggan dari Johor, anak dan isteri dia pun ada, dua anak kecil, baru kerja di Kuantan katanya dan dalam perjalanan nak balik ke Johor. Di dashboard kereta, ada mafla 'Luaskan Kuasamu'. Jadi, dia memang anak jati Johor.

Dia suruh cek kereta, ada bunyi katanya. Pekerja aku cek, spring berbunyi, aku tengok spring potong rendah habis, sebab itu bunyi kuat. Absorber pun dah out.

Aku cadangkan tukar spring, dia pula terpingga-pingga. Dia tanya si isteri, "ada duit tak?". Dia pun tanya aku kos berapa. Aku cakap, RM250 spring satu set depan belakang sekali dengan kos upah. Dia minta kurang, aku bagi RM230.

Dia macam berfikir panjang. "Second takde?"

Aku cakap tak ada sebab kedai pun nak tutup dah. Akhirnya, dia terpaksa setuju. Masa budak aku tukar spring depan, baru perasan yang driveshaft boot pecah, bearing hancur. Tolak sikit, terus terkulai.

Pekerja maklumkan pada aku, aku pun periksa buat kali kedua dan memang betul. Dalam hati aku, "Ya Allah, macam mana aku nak beritahu dia? Dia memang tengah sesak,".

Aku beranikan diri beritahu dia. Terus riak wajah dia berubah menjadi lesu dan kecewa. Iyalah, duit lagi. Dia pandang isteri dan dua orang anaknya dan berkata,

"Kita tak payahlah balik kampung, duit tak cukup ni," katanya.

Isteri dia pun terus menjadi sedih. Aku pun tak sampai hati tengok, nak menangis pun ada. Akhirnya, aku beritahu mereka,

"Abang, macam ni sajalah. Abang bayar duit spring saja dulu. Driveshaft ini saya tolong beli dulu. Selepas raya, abang bayar. Kalau tak bayar pun saya halalkan. Saya kasihan tengok keluarga abang tak dapat balik beraya,".

Riak wajahnya terus berubah. Terus dia datang kepada aku dan ucapkan terima kasih dengan wajah yang sangat terharu. Dia berjanji akan membayar semula selepas raya nanti.

"Tak apa bang, saya pun pernah susah dan ada orang tolong. Sekarang, giliran saya pula tolong abang,".

Sekadar perkongsian untuk semua. Bantulah mereka yang memerlukan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved