ONEXOX
BannerFans.com

'TIADA CUTI RAYA, KERJA SAMPAI MATI'

on Monday, July 20, 2015



Salam admin. Minta tolong sebarkan berita ini. Ini adalah rakan serumah bujang saya. Meninggal dunia seorang diri di rumah sejak malam raya sampai semalam baru tahu. Kemungkinan mayat sudah 3-4 hari meninggal. Ya Allah sedihnya.

Demikianlah permintaan dari seorang pembaca laman ini.

"No raya on this year. Work untill die,"

Menurut Ammar yang dimaklumkan oleh Sarjan dari Balai Polis Serdang, rakannya itu mungkin sudah meninggal dunia 3 - 4 hari.

"Berita ini sangat mengejutkan saya dan rakan-rakan serumah," katanya yang hanya mengetahui pemergian rakannya itu setelah dimaklumkan oleh rakan serumahnya, Herman.

Menurutnya, Herman sebelum itu bertanyakan tentang Farid yang tidak dapat dihubungi sejak malam raya pertama sehinggalah 19 Julai.



"Herman telah pergi ke rumah sewa dan menghubungi Farid, namun tidak dijawab. Apa yang mengejutkan, terdapat bau busuk dari rumah itu.

"Curiga dengan bau busuk itu, Herman membuka tingkap bilik Farid yang berada di hadapan dan terkejut melihat mayat Farid di atas tilam," katanya.

Susulan penemuan yang tidak dijangkakan itu, Herman membuat laporan polis.

Difahamkan, Farid tidak mendapat kelulusan untuk bercuti dan terpaksa tinggal seorang diri di rumah. Rakan-rakan serumah pula semuanya telah balik ke kampung masing-masing.

"Saya masih teringat, kali terakhir arwah Farid berjasa kepada aku, dia belikan panadol di saat aku demam panas. Dialah sahabat yang baik, rakan sekelas, rakan seasrama, rakan sebelajar semasa susah dan senang," katanya.

Menurut laporan forensik, Farid meninggal dunia dalam keadaan normal dan tiada sebarang unsur jenayah atau bunuh diri.

Al-Fatihah buat arwah Herman.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved