ONEXOX
BannerFans.com

Luahan Sayu Fadzli Foo Isu Kelepet Duit Anak Yatim

on Monday, July 6, 2015



Assalamualaikum semua warga Facebook. Saya, Muhammad Zulfadhli, peniaga online yang dikecam tanpa soal selidik yang betul.

Tujuan saya keluarkan statement ini adalah bertujuan untuk membersihkan nama saya seperti yang disarankan oleh pihak polis dan orang yang terdekat.

Selama ini saya diam, bukan bermakna saya mengiyakan apa yang telah diviralkan oleh pihak yang tidak tahu hujung pangkal. Tetapi ini kerana saya dalam usaha nak menjejak orang yang menjadikan saya sebagai mangsa keadaan. Malangnya, dia telah menghilangkan diri.

Di sini, saya ada tampilkan bukti-bukti yang saya telah membuat pembayaran semula kepada mangsa dan usaha saya untuk menjernihkan keadaan ini, beserta dengan laporan polis yang dibuat adalah bertujuan untuk mempertahankan diri dari terus dikecam.



Saya bukan berniat nak mengeruhkan keadaan, tetapi ini adalah salah satunya cara yang sewajarnya saya gunakan untuk mengembalikan semula maruah saya dan keluarga yang telah tercemar akibat perbuatan pihak ketiga.

Kalau betul saya bersalah dan mahu menganiaya orang, kenapa saya perlu cuba untuk contact pihak pembeli untuk menjernihkan keadaan? Ada ke orang tertuduh nak menjernihkan keadaan? Ada ke orang mencuri nak memulangkan duit yang telah dicuri? Dan ada ke orang yang salah nak beranikan diri pergi ke balai untuk buat report sedangkan umum tahu kes penipuan ini bukan kes kecil untuk buat polis senang-senang tutup mata?




Macam apa yang saya baca kisah-kisah sebelum ini, scammer banyak menghilangkan diri dan diamkan diri bila dah jadi viral macam ni. Tapi kenapa saya memilih untuk menampilkan diri?

Saya ada keluarga, saya ada kawan-kawan, saya ada maruah, orang-orang terdekat dengan saya pun ada maruah. Apa perasaan mereka bila mereka diejek, dimaki?

Kalau pada orang lain yang buat salah dan tak rasa apa-apa, itu hal mereka. Tetapi bagi saya, nak heret sekali maruah orang-orang yang saya sayang, hanya kerana duit RM320, itu sangat-sangatlah tidak berbaloi.

Macam ada sesetengah orang yang komen post viral itu berkata ada yang kenal saya, tahu saya siapa, tahu saya tinggal di mana. Cuba fikir logik, orang kenal saya, jadi saya taklah sebodoh itu nak menconteng arang di muka sendiri sedangkan selama hari ini saya tak penah ada rekod buruk di kalangan kenalan saya.

Niat saya cuma satu, nak cari duit poket bagi membantu meringankan bebanan mama dan ayah untuk penuhi keperluan sambut raya kami sekeluarga.

Saya hanya bertindak sebagai orang tengah di antara pembekal dan pembeli, atau sebagai ‘Dropshipper’. Itu yang saya buat. Saya ambil komisen seperti yang dijanji oleh si ‘pembekal’ jika saya berjaya cari pelanggan. Jadi mana saya nak sangka dia tipu, sebab duit saya dah berikan pada ‘pembekal’ itu.

Saya tahu ini kes tipu selepas kakak kepada pembeli memberitahu barang tidak diterima seperti yang dijanjikan.

Now, saya jawab beberapa soalan yang saya ada baca.

1.Kenapa saya menyahaktifkan Facebook? Jawapannya senang sahaja. Sebab saya tak nak orang salah guna Facebook saya lagi. Sebelum ini, ada pihak yang cuba mengambil gambar saya, viral sana sini, kecam sana sini. Tambahan pula dalam akaun Facebook saya ada banyak gambar saya dengan keluarga, kawan-kawan. Apa perasaan mereka kalau nampak semua itu?

2. Ada yang mendakwa saya makan duit sekolah anak-anak yatim. Di sini saya mahu menjelaskan bahawa anak-anak yatim yang dimaksudkan mangsa itu adalah anak saudara mereka yang telah kehilangan ibu dan bapa. XBOX itu adalah hadiah untuk anak saudara mereka. Yang tak percaya, boleh selidik.

Facebook warrior sekalian, tolonglah berhenti menyebarkan sesuatu yang kalian tidak selidik hujung pangkal. Selidik dulu, dengar dan nilai kedua-dua pihak bukannya terus sebarkan.

Kalian mungkin boleh viralkan jikalau saya mendiamkan diri, tak dapat dihubungi atau sebab-sebab yang lain. Tetapi dalam kes ini, semua orang boleh contact saya. Bagi yang kenal saya boleh cari saya dimana-mana.Jadi di mana yang dimaksudkan saya tidak bertanggungjawab?

Tetapi tak mengapa, saya bersyukur dengan kejadian ini sebenarnya. Sebab kalian membuatkan saya kenal siapa kawan, siapa lawan. Yang mana berdiri bagi semangat untuk saya hadap dugaan ini dan yang mana caci maki saya tanpa cuba tanya.

Sekarang ini, ramai orang yang cuba menjadi dropship seperti saya untuk menambahkan duit poket. Kalaulah hal sebegini terjadi pada salah seorang ahli keluarga atau orang terdekat, walhal tujuannya hanya nak mencari duit poket lebih, apa perasaan anda? Maruah yang tercalar itu bukan senang nak ditukar ganti.

Terima kasih kepada yang masih berdiri dengan saya, yang banyak memberikan nasihat dan membantu serta terima kasih juga yang mengecam saya tanpa sebarang usul periksa atau yang tahu cerita sebenarnya yang telah berlaku.

Sekali lagi saya menegaskan, saya bukan mahu mengeruhkan keadaan. Niat saya cuma nak membersihkan kembali maruah diri saya dan ahli keluarga, maruah orang yang terkedat yang terkena dengan tempias ini. Saya memohon nama agar nama saya dibersihkan kembali dan viral ini diperbetulkan.

Akhir kata, saya meminta maaf sekiranya penjelasan saya ini ada menyinggung mana-mana pihak. Sekiranya ada sesiapa yang nak tahu lebih jelas, bolehlah menghubungi terus kepada saya dan pihak mangsa serta keluarga.

Saya berharap kes ini selesai di sini sebab natara saya dengan pihak mangsa juga telah selesai.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved