ONEXOX
BannerFans.com

MULA² MENGAKU SALAH, KEMUDIAN MENGAKU TAK BERSALAH

on Tuesday, July 14, 2015



KUALA LUMPUR - Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat difahamkan sebelum ini membuat pengakuan bersalah dan selari dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam.

Namun menurut peguambelanya, setelah pertuduhan itu dibacakan semula buat kali ketiga, tertuduh membuat keputusan untuk mengaku tidak bersalah.



Anak ketiga daripada tiga beradik itu dilaporkan tidak bekerja itu memohon untuk dibicarakan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes ini pada 14 Ogos ini.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 oleh mahkamah dengan hasil sumbangan orang ramai.

Sementara itu, Buzze Azam pula baru sebentar tadi mendakwa Ketua Polis Negara membuat kenyataan yang tidak tepat atau berbohong dalam sidang medianya di Plaza Low Yat.

Bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci, beliau akan menjelaskan segalanya dalam sidang media yang sedang diadakan pada masa ini.

Di laman sosial pula, netizen masih tetap dengan pendirian mereka bahawa tertuduh tidak bersalah dan menegaskan lelaki itu telah ditipu oleh jurujual di Low Yat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved