ONEXOX
BannerFans.com

NAJIB HADAP AGONG UNTUK ROMBAKAN KABINET. MUNGKINKAH TOK MAT TANDING PARLIMEN JADI TPM?

on Monday, July 27, 2015



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan kabinet sulungnya sejak dibentuk pada 2013.

Menurut sumber, Datuk Seri G Palanivel akan digugurkan susulan kemelut dalaman yang sedang melanda MIC.

Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, juga akan digantikan dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang kini sedang menjawat jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan terperinci Shabery akan bertukar ke portfolio yang lain.

Selain itu, seorang pemimpin dari Sabah juga akan dilantik menganggotai kabinet dan seorang timbalan menteri akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh. Dua individu juga akan dilantik sebagai timbalan menteri.

Menurut sumber yang rapat dengan perdana menteri berkata, "Spekulasi tetap spekulasi, perdana menteri yang akan buat penentuan,"

Laporan portal berita UMNO itu bagaimanapun tiada langsung menyentuh kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu di media sosial, netizen berharap dan mendoakan rombakan kabinet itu adalah rombakan pertama dan terakhir bagi Najib kerana mereka mahukan kepimpinan yang baru serta bebas dari sebarang skandal untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved