ONEXOX
BannerFans.com

NYARIS DIBELASAH PENARIK KERETA DI R&R SEREMBAN

on Thursday, July 23, 2015



Kami dalam perjalanan ke Melaka tadi dan disebabkan nak terkucil, kami semua berhenti untuk menggunakan tandas di Tol Tangkak sebelum masuk Tol.

Saya keluar ke tandas dengan ibu, begitu juga dengan ayah. Semasa ayah nak keluar dari kereta, seorang lelaki berbaju hijau berusia lingkungan awal 30-an atau akhir 20-an mahu merampas kunci kereta dengan kasar dan berlagak seperti penarik kereta.

Menurut lelaki itu, ayah masih belum selesaikan pinjaman kereta 8 bulan dengan Public Bank, sedangkan pinjaman kereta itu dari Aeon Credit dan tak sangkut langsung.

Lelaki itu kemudian mendakwa dia ada grant kereta semua dan tunjukkan kepada kami, tanpa sempat kami membaca, dia sudah melipat dokumen itu sepantas kilat.

Dalam pada masa yang sama, lelaki itu berkata "Settle je la. Bayar je berapa-berapa,".

Keadaan menjadi lebih teruk apabila lelaki itu mahu membelasah ayah sebab ayah dah mula keluarkan steering lock sebagai langkah berjaga-jaga. Saya dan ibu pula terjerit-jerit meminta tolong. Malangnya tempat itu sunyi dan tidak ramai orang. Yang ada pun terasa takut nak menghulurkan bantuan.

Saya menangis dan menghubungi nombor 999. Hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya saya pada masa itu. Kemudian ibu tanya, mana polis? Saya kata mereka dalam perjalanan.

Seorang lelaki berbaju hijau pula terus berpura-pura membuat panggilan di dalam kereta mereka seketika sebelum keluar semula dan memberitahu kami,

"Dah call bank, bank kata dah settle. Bank silap info. Ini kereta lelong," katanya.

Kereta ini bukan kereta lelong!

Kemudian datang pula seorang lelaki Cina bercakap pada ibu, "Ini ada cerita belakang. Tak boleh cerita depan anak-anak,"

Ibu terus jerit, "Cakap! Apa benda nak sembunyikan? Cerita je la".

Nampak sangat macam ada sesuatu. Towing Car pun dah sedia nak tarik kereta. Namun, apabila polis tiba, lelaki Cina itu serta merta hilang. Mungkin takut agaknya.

Polis tiba dengan kereta peronda Proton Inspira dan angkat tangan pada lelaki berbaju hijau. Tak rasa curiga?

Ada tiga anggota polis, semua berbaju putih seperti polis trafik. Kemudian polis tak tanya siapa pelapor, tak ambil keterangan, tak keluarkan apa-apa untuk ambil keterangan.

Mereka kemudiannya menghampiri lelaki berbaju hijau itu (saya tak tahu mereka buat apa). Selepas itu polis itu maklumkan, "Okay, dah selesai. Boleh sambung perjalanan,"

What the F? Macam itu je kau kata dah selesai? Macam itu je?!

Saya sempat tanya, "betul ke itu plat nombor kereta tu Waja (Hitam) WPM471?"

Polis kata, mereka ada alat yang boleh kesan terus dan memang betul kereta itu. Saya langsung tidak nampak polis pergi periksa dalam kereta.  Ayah pula nak buat laporan di balai polis tetapi polis itu kata, "Kita dah ambil keterangan, tak payah pergi balai,".

Ayah terus cakap "tak payah nak menipu. Saya tak nak buat keterangan bodoh-bodoh macam itu saja,"

Kemudian, lelaki berbaju hijau itu ulang semula bahawa mereka ada grant kereta dan segala-galanya. Ayah pula suruh polis itu minta grant kereta yang didakwa itu. Tetapi polis langsung tak nak ambil peduli.

Faham tak bila kau dalam kecemasan, panggil polis untuk rasa selamat tetapi ini tidak, polis seolah-olah berkomplot dengan mereka. Yang peliknya, polis ambil keterangan mereka, bukan keterangan dari mangsa.

Kami sudah buat laporan di Bukit Aman.

Pengajaran:

1. Rakam sebanyak mungkin gambar termasuk polis.
2. Tanya polis datang dari IPD mana untuk rujukan di kemudian hari.
3. Simpan apa-apa sahaja barang di dalam kereta yang boleh digunakan untuk melindungi diri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved