ONEXOX
BannerFans.com

HATI-HATI DENGAN PUNCA DUIT MISTERI DALAM AKAUN BANK. ANDA PASTI MENYESAL!

on Thursday, July 23, 2015



KUALA LUMPUR - Usah terlalu gembira apabila jumlah wang simpanan anda di dalam akaun bank tiba-tiba bertambah kerana, wang itu mungkin dimasukkan oleh Ah Long.

Jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai agar tidak memberikan informasi peribadi termasuklah nombor akaun bank secara terbuka di laman sosial kerana maklumat berkenaan boleh disalahgunakan bagi tujuan penipuan.

Lapor akhbar China Press, terdapat aktiviti Ah Long memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun mangsanya biarpun individu tersebut tidak pernah memohon pinjaman wang berkenaan.

Ah Long kemudiannya akan mengambil tindakan memaksa mangsa membayar balik 'pinjaman' berkenaan dengan kadar bayaran yang amat tinggi.

Terdahulu, ada seorang mangsa mendakwa telah menerima panggilan telefon dari sindiket yang meminta nombor akaun bank. Setelah diberikan nombor yang dipinta, sindiket itu telah memasukkan sejumlah wang yang banyak dan memaksanya membayar berserta dengan kadar faedah yang tinggi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved