ONEXOX
BannerFans.com

'TAK ADIL TUDUH KPDNKK BACKING PENIAGA LOW YAT'

on Monday, July 13, 2015



PUTRAJAYA - Susulan insiden di Plaza Low Yat, netizen menunding jari terhadap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang didakwa melindungi kesalahan peniaga di pusat IT itu kerana menerima rasuah.

Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Rus Bakarurraini Shafie tampil meluahkan kekecewaannya terhadap tuduhan itu.

Menurut Rus, adalah tidak adil menuduh pegawai penguatkuasa seperti itu yang dilihat mencemarkan imej pegawai serta kementerian.

"Pegawai telah menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya dan adil. Tuduhan sedemikian bukan sahaja merosakkan nama pegawai penguatkuasa malah kementerian itu sendiri," katanya

Ekoran dari tuduhan liar berkenaan, kesatuan akan membuat laporan polis dalam tempoh seminggu jika individu yang telah dikenalpasti tidak mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.

"Daripada membuat tuduhan liar, mereka perlu memberikan bukti bahawa pegawai kami telah menerima rasuah itu," katanya.
   
Rus juga menegaskan, pihak kesatuan juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati menerima rasuah itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau bahagian integriti KPDNKK.

"Kita tidak nafikan ada pegawai menyalahgunakan kuasa dan sebagainya dan ada pegawai yang telah diambil tindakan tetapi kita tidak akan bersekongkol dengan mereka (pegawai) yang bersalah ini," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Labu8455 said...

Kalau dah bersih sangat kenapa sebelum nak buat pemeriksaan "tulin" tu perlu buat pemberitahuan sehari lebih awal ? Pemberitahuan tu untuk siapa sebenarnya ? Untuk peniaga bersiap sedia ke ?


July 13, 2015 at 5:56 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved