ONEXOX
BannerFans.com

'TIADA KES PENIPUAN OLEH JURUJUAL LOW YAT'

on Monday, July 13, 2015



Dalam kes ini, tidak ada melibatkan kes penipuan oleh penjual. Tidak ada, ini cerita diada-adakan oleh mereka.

Dua orang budak ini, pergi ke kedai itu curi telefon itu (kedai atas) dan bawa lari ke bawah apabila penjual itu (menjerit) minta bantuan. Dua orang budak itu lari depan kedai Oppo, kakitangan Oppo beri bantuan dan tangkap budak dua orang budak itu serta diserahkan kepada pengawal dan seterusnya kepada pihak polis.

Anggota polis yang menangkap dua orang suspek dan telah membebaskan seorang suspek yang mengiringi suspek utama. Tindakan anggota polis ini adalah tanpa merujuk kepada kanannya kerana dia telah membuat keputusan sendiri dan budi bicaranya. Kita akan uruskan dia secara berasingan.



Yang mencuri ini telah ditahan, tetapi yang dibebaskan ini telah balik dan membuat cerita yang tak betul yang mengatakan dia telah ditipu oleh penjual. Semua itu tidak benar dan digembar gemburkan oleh pengguna media sosial seperti Papa Gomo dan beberapa orang lagi. Saya telah mengarahkan mereka ditangkap dan kita akan ambil tindakan.

Saya ingin memaklumkan bahawa kita memantau semua laporan-laporan dalam media sosial dan kita akan mengambil tindakan segera menangkap mereka-mereka yang sengaja menyebarkan berita-berita palsu yang boleh melibatkan rusuhan. Ini tidak ada langsung berkaitan dengan perkauman. Ini semua cerita diada-adakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kita tidak akan membiarkan perkara ini dan perlu ditangani segera. Jadi saya menyeru kepada semua pihak agar tidak lagi menyebarkan perkara-perkara yang tidak betul dan biarkan pihak polis ambil tindakan.

Kita telah menahan 19 orang termasuk dua orang suspek awal dan mereka direman selama 4 hari. Kita juga sedang mencari pekerja-pekerja Oppo untuk membantu siasatan kita.

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved