ONEXOX
BannerFans.com

KECEWA LAMARAN DITOLAK, LELAKI INI FITNAH GADIS SARAWAK

on Tuesday, August 25, 2015



Hanya kerana gagal mengorat seorang pelajar perempuan berbangsa Iban, lelaki bernama Hazmi dari Semenanjung Malaysia ini sanggup menghina gadis Sarawak dan Sabah.

Difahamkan sebelum itu, Hazmi memuat naik kenyataan yang agak tidak relevan dengan mengatakan dirinya sering diganggu oleh gadis-gadis Sarawak dan Sabah.

Namun, hasil pendedahan orang ramai, rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu cuba memancing gadis Sarawak namun berakhir dengan kegagalan menyebabkan dia bertindak membalas dendam.

Dibawah adalah percubaan Hazmi mengorat gadis Iban. Namun, dek terlalu gelojoh, permintaan Hazmi untuk menjadi kekasih kepada gadis itu ditolak mentah-mentah.

"Emm, awak ada pakwe tak? Bolehkah saya jadi pakwe awak? Hehehe"

"Saya memang tak ada pakwe, tapi saya hanya mahu berkawan sahaja Hazmi," balas gadis itu.



Jawapan yang diberikan gadis itu menyebabkan Hazmi merajuk dan mengeluarkan pula kenyataan di bawah:

"Aku tak pernah ada perasaan cinta terhadap gadis Sarawak dan Sabah sebab diorang gedik sangat la nak berkenalan dengan aku.

"Diorang selalu kacau aku, bukan diorang suka dan mencintai aku pun. Kalau gadis Semenanjung tergedik-gedik dengan aku sebab nak berkenalan dengan aku tak apa sebab aku memang ada perasaan suka dan cinta terhadap diorang pun.

"Kalau diorang kacau aku selalu pun tak apa sebab aku memang suka pun dibuat begitu.

"Kesimpulannya saya tetap mencintai gadis Semenanjung sampai mati kerana aku yakin aku akan bahagia bersama bakal isteri ku dari Semenanjung buat selama-lamanya," katanya yang mengundang untuk diviralkan oleh netizen kerana kenyataannya itu dianggap membusukkan imej gadis Sarawak dan Sabah.

Bagaimanapun, punca Hazmi mengeluarkan kenyataan itu telah pun didedahkan. Nampaknya Hazmi sekali lagi terpaksa berdepan dan merajuk dengan masyarakat yang mentertawakannya.

Inilah akibat dari tindakan yang tidak berfikir panjang dan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas terhadap pihak lain. Semoga menjadi pengajaran buat Hazmi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved