ONEXOX
BannerFans.com

Luahan Sayu Anak Najib Kepada Rakyat Malaysia, Berhentilah..

on Sunday, August 9, 2015



KUALA LUMPUR: Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menghentikan serangan kepada ayahnya dimana beliau menyifatkan serangan tersebut hanya akan merugikan negara ini

Memetik laporan Utusan Online, sambil menyifatkan ia hanya serangan peribadi, Mohd Nazifuddin berkata dakwaan yang dilemparkan terhadap bapanya akan menyebabkan rakyat menderita.

"Oleh kerana kehilangan amanah, masyarakat akan bersedia untuk menjadi 'korban' negara ini semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

"Para pelabur akan mejadi takut untuk datang ke sini kerana mereka akan berfikir negara ini adalah tidak stabil, dan ini akan menyebabkan nilai ringgit jatuh dan memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan," katanya selepas merasmikan kafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur semalam.

Nazifuddin berkata tuduhan terhadap Perdana Menteri telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran bapanya.

"Rakyat perlu sedar bahawa tekanan yang mereka lakukan kepada Perdana Menteri tidak akan menenangkan keadaan sebaliknya akan menjadi semakin teruk dan menjejaskan negara."

"Ianya akan memberi kesan kepada negara dan saya harap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin palsu dan mereka harus berfikir tentang implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang," Nazifuddin dipetik sebagai berkata

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Anak kepada ibu mithali Minangkabau yg menerima'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno. bangun meyupport keluarganya. Biasalah bila kepala utama yang membawa hasil billion ringgit ke dalam keluarga ditentang, pasti paneh anak beranak ini.


August 9, 2015 at 11:08 PM
Unknown said...

Ermmm yo lah.... Dah tido atas duit berkepuk-kepuk boleh la cakap macam tu... lepas apa yang berlaku sekarang ingat rakyat boleh telan bulat2 apa yang cuba disogokkan...Rakyat Malaysia bukan BODOH!!!


August 10, 2015 at 6:47 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved